Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan

Khamis, Disember 01, 2022

Analisa atau analisis

Ejaan yang betul ialah analisis.

Analisa ialah ejaan lama.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (keadaan , masalah dan lain-lain)

Selasa, Februari 02, 2021

Ejaan berkuat kuasa

 



Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berkuat kuasa bermaksud mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku. 

Ejaan yang betul ialah berkuat kuasa.Perkataan ini dijarakkan.

Jumaat, Oktober 02, 2020

Analisa atau analisis

 Ejaan yang betul ialah analisis.



Ejen

Ejen bermaksud orang (syarikat dan sebagainya) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain.




Masalah atau masaalah

 Ejaan yang betul ialah masalah.

1.Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Isnin, Julai 20, 2020

Hal-hal lain


Perabut atau perabot

Ejaan yang betul ialah perabot.

Contoh ayat :


Menurut wasiat Datuk Amri, rumahnya dan semua perabot yang berada didalamnya ialah kepunyaan anak sulungnya.

Jumaat, Januari 17, 2020

Juruwang atau kashier





Tidak ada istilah kashier dalam Bahasa Malaysia.

Ejaan yang betul ialah juruwang

orang yang menerima atau membayarkan wang (di bank, di pusat membeli-belah dan lain-lain)

Sumber : khidmat nasihat DBP

Pra-bayar atau prabayar

Ejaan yang betul ialah prabayar

Pisang Goreng atau Goreng Pisang

Ejaan yang betul ialah pisang goreng

Jumaat, Mei 10, 2019

Memastikan atau mempastikan

Ejaan yang betul ialah memastikan.

Maksud memastikan :

Menentukan sesuatu dengan pasti.


Contoh ayat :

Kita tidak dapat memastikan pasukan mana yang akan menang.

Maksud Hormat

1.Perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.

Contoh ayat :

Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi hormat kepadanya.



2.Menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: 

Contoh ayat :

Wajib kita hormat kepada ibu dan bapa kita



3. sopan; santun; takzim

Contoh ayat :

Budak itu sangat takzim

Selasa, Mac 19, 2019

Tuntas

Maksud : Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif dan makna lain ialah singkat dan tegas 




Rabu, Mac 13, 2019

Ejaan Efisien

Efisien atau efisyen ?

Ejaan yang betul ialah efisien

Maksud efisien :

cekap,( iaitu berkenaan individu, organisasi, mesin dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas tanpa pembaziran waktu atau tenaga). 


Contoh ayat :

Sampaikan maksud secara efisien.

Ahad, Februari 24, 2019

Ejaan kokurikulum atau ko-kurikulum

Ejaan yang betul ialah kokurikulum.

Contoh ayat :

Penglibatan murid  dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang.




Komisen atau komisyen

Ejaan yang betul ialah komisen.

Maksud komisen :

Wang upah yang dibayarkan kepada wakil atau ejen kerana menjual barang-barang; dalal

Tips atau tip

Sering berlaku kekeliruan, mana satukah ejaan yang betul .

Ejaan yang betul ialah tip 

 Maksud tip :
(sedikit) wang atau upah yang diberikan kepada seseorang.


Contoh ayat :

1.Ali memberikan tip kepada pelayan hotel itu kerana menghantar beg pakaian ke biliknya.


Padanan bahasa melayu bagi perkataan tip ialah  petua.

Contoh ayat :

1,Berikut beberapa tip untuk kekal sihat.