Isnin, Mei 15, 2023

Mengenegahkan atau mengetengahkan

Ejaan yang betul ialah mengetengahkan.

Mengetengahkan bermaksud :

1.Membawa ke tengah atau menampilkan ke muka.

2.Memberitahu kepada

3.Mengemukakan,mengutarakan,memajukan usul,cadangan dan lain-lain.

Contoh ayat:

Saya akan mengetengahkan isu pusat pelupusan sampah haram kepada pihak berkuasa. 


Sabtu, April 01, 2023

Bandaraya atau bandar raya?

Ejaan yang betul ialah bandar raya dengan dipisahkan perkataan tersebut.

Bagaimana dengan ejaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL?

Jawapan :

 

Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah ditubuhkan dan diwartakan sebelum tahun 1972.

 

Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya.

Walau bagaimanapun terdapat penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama.

 

Penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku kepada anda sebagai pengguna Bahasa Melayu.

 

Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP.

Jumaat, Mac 31, 2023

Pasar raya,Pasaraya atau Pasar Raya



Mana satukah ejaan yang betul bagi perkataan pasar raya?

1.Perkataan pasar raya merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.

2.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

3.Ejaan yang betul ialah pasar raya.


Sumber rujukan : Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. 


Mana satukah ayat di bawah yang betul ?


1.Saya membeli-belah di pasar raya Giant.

2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.

3.Saya membeli-belah di Pasar raya Giant.


Jawapan :


2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.


Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP.