Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan

Ahad, Januari 23, 2011

Meranduk

Sering kita dengar atau jumpa perkataan meranduk tetapi tidak tahu maksudnya.
Meranduk bermaksud:
berjalan dalam air (semak dll); mengharung; menempuh.
mengharungi (air, rumput, dll), menempuh, merandai: 

Contoh ayat 



1. Mereka meranduk air itu menuju ke tempat yang selamat 


2. Mereka meranduk  rumput tebal di tepi jalan.

Ahad, November 28, 2010

Lagenda Atau Legenda

Mana satukah yang betul ? lagenda atau legenda.Ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. 

Rabu, November 17, 2010

Teruja

Makna perkataan "teruja" ialah timbul minat (keinginan dan sebagainya) yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang (Kamus Dewan Edisi 4)

Sumber:Kamus Dewan Online

Isnin, Ogos 02, 2010

Olahragawan Dan Olahragawati



Olahragawan

orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga;



Olahragawati

orang perempuan  yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga;

Jumaat, Mei 07, 2010

Sinonim

1.  Menjinjit = menjinjing, membimbit:  



Budak  itu kelihatan __________________ sebuah bungkusan di sebelah tangan kanannya.


2. Mengelek = mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit


mengelek anak = mendukung anak dekat ketiak. 

Sinonim

Menatang = membawa sesuatu di atas tapak tangan; menating:  








Anak daranya keluar_______________________ sedulang kopi hitam.

Rabu, April 28, 2010

Kata Sama Erti -Sinonim

Ramai murid UPSR yang keliru dan tidak tahu penggunaan perkataan yang betul.kelemahan yang berlaku kerana murid tidak tahu maksud perkataan  dan  situasi  penggunaan perkataan itu.

1. Mengandar = membawa barang dengan kandar; menggalas; memikul:
    Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dengan lima orang yang         
    sedang_________ sebuah peti.


2. Menuntun =  mengheret basikal, kerbau dan lain-lain; menghela atau
                      memegang tangan seseorang untuk menolongnya berjalan;  
                      memimpin.