Memaparkan catatan dengan label Kata Seru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Seru. Papar semua catatan

Isnin, Julai 18, 2011

Perbezaan Amboi dan Wah

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), 
contoh: 
Wah, dahsyat sungguh kejadian itu!.
Wah,rajin sungguh kamu berdua menolong ayah mencuci kereta!

Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang.
Contoh:
Amboi, lajunya kereta itu bergerak!  
Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.