Isnin, November 28, 2022

Beza Dato' dan Datuk

Dato '

Kurniaan daripada sultan atau raja.


Datuk

Kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri.






Ahad, November 27, 2022

Kesalahan Tatabahasa

“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”


Salah

Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik

 

Betul

Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya

Khamis, Jun 02, 2022

Jawatankuasa atau jawatan kuasa

Jawatankuasa adalah kata majmuk yang telah mantap. Jawatankuasa dieja satu perkataan.

Jadi ejaan yang betul  ialah jawatankuasa bukan jawatan kuasa.