Memaparkan catatan dengan label Kata Majmuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Majmuk. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 03, 2023

Kesalahan ejaan kata majmuk

 

SALAH

BETUL

jualbeli

Jual beli

hakmilik

Hak milik

hapuskira

Hapus kira

ibubapa

Ibu bapa

jawatan kuasa

jawatankuasa

Sabtu, Mei 27, 2023

Kesilapan ejaan (Kata Majmuk)

 

SALAH

BETUL

acapkali

acap kali

adakala

ada kala

andai pun

andaipun

andaikata

andai kata

apa tah

apatah

Selasa, Januari 03, 2023

12 tengahari atau 12 tengah hari ?

Ejaan yang betul ialah 12.00 tengah hari ( perkataan tengah hari dieja terpisah)

Bilakah bermula waktu tengah hari ?

Waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00  hingga 1.59 tengah hari.

Bilakah bermula waktu petang ?

Waktu petang bermula pada pukul 2.00  hingga 6.59 petang.

Rabu, Disember 14, 2022

Kata Majmuk

 

Perkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (m.s 134 dan 135)

Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut:


1. antarabangsa
2. bumiputera
3. 
jawatankuasa
4. kakitangan
5. kerjasama
6. matahari
7. olahraga
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhanjaya
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara

Khamis, Jun 02, 2022

Jawatankuasa atau jawatan kuasa

Jawatankuasa adalah kata majmuk yang telah mantap. Jawatankuasa dieja satu perkataan.

Jadi ejaan yang betul  ialah jawatankuasa bukan jawatan kuasa.



Ahad, Oktober 06, 2019

Kata Majmuk Berimbuhan

Kata majmuk berimbuhan


1.1 berkuatkuasa (salah)

1.2 berkuat kuasa (betul)


2.1 penguatkuasa (salah)

2.2 penguat kuasa  (betul)



3.1 dikuat kuasa (salah)

3.2 dikuatkuasa  (betul)












Selasa, November 20, 2018

Janji temu atau temu janji

Apakah perbezaan janji temu dan temu janji ?

Frasa yang tepat ialah janji temu. Janji untuk bertemu seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana untuk sesuatu urusan dan sebagainya. 


Sumber : khidmat nasihat DBP

Ahad, April 29, 2018

Pilihan raya atau pilihanraya

Image result for pru14 2018


Pilihanraya dieja sebagai dua perkataan - pilihan raya 

kecuali 

Kata Nama Khas - Suruhanjaya Pilihanraya

Sabtu, Februari 03, 2018

Rabu, Januari 31, 2018

Atur cara atau aturcara

Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini  dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan yang betul ialah atur cara

Selasa, November 01, 2016

Pasar raya atau pasaraya

Pasar raya adalah kata majmuk. Perkataan pasar raya perlu dieja secara terpisah.

Jumaat, Oktober 30, 2015

Urusetia atau Urus setia

Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan, bermaksud dipisahkan.Perkataan urus setia adalah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil.

Khamis, Disember 19, 2013

Tengahari atau Tengah hari

Perkataan yang betul ialah tengah hari.

Perkataan ini dieja terpisah kerana  tergolong dalam kata majmuk.