Isnin, Oktober 30, 2023

Maksud Subsidi


Subsidi

Bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani dan lain-lain)


Contoh ayat :

Pelaksanaan subsidi diharapkan dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Selasa, September 05, 2023

emel atau e-mel

 

SALAH

BETUL

buroh

buruh

bowling

boling

definasi

definisi

durhaka

derhaka

emel

e-mel

Isnin, Ogos 28, 2023

Perkataan scam dalam bahasa Melayu

Perkataan scam berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot.

Dalam laporan media bahasa Melayu banyak menggunakan perkataan scam.

Penggunaan perkataan scam mengikut konteks dalam bahasa Melayu ialah penipuan dalam talian.

Scam bermaksud penipuan atau perbuatan mengelirukan dengan niat untuk menipu atau mengambil keuntungan secara tidak sah daripada individu atau organisasi yang menjadi mangsa. 

Dalam bahasa Melayu, istilah "scam" juga boleh dirujuk sebagai "penipuan" atau "tipu daya".