SALAH |
BETUL |
buroh |
buruh |
bowling |
boling |
definasi |
definisi |
durhaka |
derhaka |
emel |
e-mel |
Jom Belajar Bahasa Melayu percuma ,BM senang dan mudah dipelajari, dapatkan tip dan tahu tatabahasa belajar BM asas sekolah rendah dan menengah
1.Cakna ialah kata kerja.
2. Cakna bermaksud ambil peduli, ambil berat.Perkataan ini merupakan dialek Negeri Terengganu.
3.Dialek ini telah digunakan secara meluas dan diterima pakai dalam konteks rasmi.
4.Contoh ayat :
"Sayalah yang cakna makan minum ayah kau".
SALAH |
BETUL |
ibu-bapa |
ibu bapa |
menyoalsiasat |
menyoal siasat |
berkerjasama |
bekerjasama |
kerosakkan |
kerosakan |
penguatkuasa |
penguat kuasa |
SALAH |
BETUL |
acapkali |
acap kali |
adakala |
ada kala |
andai pun |
andaipun |
andaikata |
andai kata |
apa tah |
apatah |
SALAH |
BETUL |
ampangan |
empangan |
analisa |
analisis |
atlit |
atlet |
baucer |
baucar |
bumiputra |
bumiputera |
Ejaan yang betul ialah mengetengahkan.
Mengetengahkan bermaksud :
1.Membawa ke tengah atau menampilkan ke muka.
2.Memberitahu kepada
3.Mengemukakan,mengutarakan,memajukan usul,cadangan dan lain-lain.
Contoh ayat:
Saya akan mengetengahkan isu pusat pelupusan sampah haram kepada pihak berkuasa.
Ejaan yang betul ialah bandar raya dengan dipisahkan perkataan tersebut.
Bagaimana dengan ejaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL?
Jawapan :
Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah ditubuhkan dan diwartakan
sebelum tahun 1972.
Selepas tahun 1972 kita
hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah
ejaan bandar raya.
Walau bagaimanapun terdapat penamaan
beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih
mewartakan ejaan lama.
Penjelasan ini dapat
mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku kepada anda sebagai pengguna Bahasa
Melayu.
Sumber rujukan : Khidmat
Nasihat DBP.
Mana satukah ejaan yang betul bagi perkataan pasar raya?
1.Perkataan pasar raya merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
2.Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
3.Ejaan yang betul ialah pasar raya.
Sumber rujukan : Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.
Mana satukah ayat di bawah yang betul ?
1.Saya membeli-belah di pasar raya Giant.
2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.
3.Saya membeli-belah di Pasar raya Giant.
Jawapan :
2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.
Ejaan yang betul ialah penguat kuasa.
Definisi : orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Ejaan yang betul ialah sering kali (Perkataan ini dieja terpisah)
Sinonim : Kerap,selalu,acap kali.
Kedua-duanya mempunyai makna yang sama tetapi ejaan yang betul ialah tulen.
Kata tulen berasal daripada bahasa Indonesia.
Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga tidak termasuk pola keselarasan vokal (u-i) dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Definisi : (tulen) tidak bercampur(dengan yang lain),bukan tiruan,asli,sejati.
Ejaan yang betul ialah restoran.
Restoran Mek Yah Tomyam atau Restoran Tomyam Mek Yah.
Nama yang betul ialah Restoran Tomyam Mek Yah.
Ejaan yang betul ialah waswas.Perkataan waswas bermaksud perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.
Mana satukah yang betul ? Ejaan yang betul ialah beristirahat.
Perkataan istirahat berasal daripada kata arab yang bermaksud rehat.
SALAH |
BETUL |
taksub |
taasub |
lagenda |
legenda |
catit |
catat |
karisme |
karisma |
kolestrol |
kolesterol |
efisyen |
efisien |
mahsyur |
masyhur |
rambut kerinting |
Rambut keriting |
automatif |
automotif |
audien |
audiens |
agreget |
agregat |