Sabtu, November 25, 2023

Merujuk kepada perkara di atas atau merujuk perkara di atas

Mana satukah frasa yang betul ?

Merujuk kepada perkara di atas (salah)

Merujuk perkara di atas (betul)


Ayat yang betul

Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


Sumber rujukan :

Khidmat nasihat DBP



Khamis, November 23, 2023

Terjemahan bagi Web Application

Aplikasi sesawang atau aplikasi web 

Aplikasi sesawang merujuk kepada aplikasi web atau aplikasi dalam talian yang boleh diakses melalui pelayar web atau peranti mudah alih yang bersambungan dengan internet.

Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Contohnya, aplikasi sesawang mungkin merangkumi platform perdagangan dalam talian, aplikasi perbankan dalam talian, atau rangkaian sosial yang boleh diakses melalui pelayar web atau aplikasi mudah alih. Aplikasi sesawang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan atau fungsi tanpa perlu memasang perisian pada peranti mereka. Ini memberikan keselesaan dan kemudahan akses kepada maklumat, perkhidmatan, atau fungsi tertentu.


Hubungkait atau hubung kait

Mana satukah perkataan yang betul ?

Hubungkait atau hubung kait.

Ejaan yang betul ialah hubung kait.Perkataan ini dieja terpisah.

Hubung kait merujuk kepada hubungan atau kaitan antara dua perkara atau lebih.