Selasa, Disember 19, 2023

Maksud mitigasi

1.Perkataan mitigasi adalah terjemahan daripada perkataan mitigation (Bahasa Inggeris)

2.Biasanya perkataan ini digunakan dalam bidang pertanian.

3.Namun begitu padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

3.Dalam bentuk kata umum perkataan ini bermaksud pengurangan.

4.Dalam bidang undang-undang istilah mitigation of damage bermaksud pengurangan ganti rugi.


Contoh ayat:

1.Sebanyak 100 projek mitigasi banjir membabitkan peruntukan berjumlah RM80.77 juta telah dilaksanakan  di kawasan yang kerap berlaku banjir .

2. Operasi pembenihan awan (OPA) kini disasarkan menjadi serampang dua mata apabila turut menjadi pelan mitigasi kepada sektor pertanian.


Jumaat, Disember 15, 2023

Perkataan yang tiada tanda sempang.

Lemah longlai

Kenapa tiada tanda sempang.

Perkataan lemah longlai ialah kata majmuk bukan kata ganda.

 

Bagaimana pula dengan perkataan sampah sarap dan bukit bukau.

Kedua-dua perkataan ini merupakan kata ganda tetapi dieja tanpa tanda sempang.

 

Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP

Kesalahan ejaan

 Penggunaan tanda sempang yang betul.


SALAH

BETUL

dwi-bahasa

dwibahasa

SeMalaysia

Se-Malaysia

anti Amerika

anti-Amerika

kurniaNya

Kurnia-Nya

hambaMu

hamba-Mu

pro Malaysia

pro-Malaysia