Selasa, Disember 26, 2023

Maksud berkejar-kejaran dan kejar-mengejar

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud:

1.Berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak)

2.Berlari hambat­ menghambat (buru-memburu).

Contoh ayat berkejar-kejaran :

Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi.

 

Mengikut Kamus Pelajar perkataan kejar-mengejar  bermaksud :

1.Berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain.

Contoh ayat :

Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.

Jumaat, Disember 22, 2023

Beza perkataan di atas dan atas

1.Di atas bermaksud di sebelah atas.

Contoh ayat :

Sementara menunggu waktu makan, Ali berbaring dahulu di atas katil. 


2.Atas pula bermaksud :

2.1 tempat atau bahagian yang lebih tinggi .

Contoh :

Atas bumbung

2.2 akan; dengan; untuk; tentang:

Contoh ayat :

1.Atas kerjasama yang tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

2.Atas beberapa sebab beliau enggan menyertai perkumpulan itu.


Ayat betul dan salah

1.Terima kasih atas kerjasama  yang diberikan.(Betul)

2.Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.(Salah)


1.Kami memohon maaf atas kesulitan.(Betul)

2.Kami memohon maaf di atas kesulitan.(Salah)


1.Terima kasih atas peringatan yang diberikan.(Betul)

2.Terima kasih di atas peringatan yang diberikan.(Salah)

 



Selasa, Disember 19, 2023

Maksud Podcast

1.Podcast bermaksud fail media digital atau audio siar.

2.Hari ini ramai yang menggunakan platform audio siar (podcast) bagi menyuarakan pendapat,berdebat dan sebagainya.