Isnin, Januari 08, 2024

Memperbanyakkan atau memperbanyak

1.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.

2.Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak,membuat supaya menjadi banyak dan menambah banyak.

Jumaat, Januari 05, 2024

Analisa atau analisis

1. Ejaan yang betul ialah analisis

2.Perkataan analisa ialah ejaan lama.

3.Analisis ialah serapan daripada perkataan bahasa Inggeris analysis.


Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan sebagainya) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam.

Contoh ayat

Satu analisis tabiat makan secara berlebihan telah dijalankan oleh pakar pemakanan.


Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP


Khamis, Januari 04, 2024

Maksud cincai

1.Lebih kurang saja(melakukan sesuatu) 

2.Tidak teliti

3.Tidak sungguh-sungguh.

4.Sembarangan.

Contoh ayat :

Jauhi kerja cincai.

Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu, 

tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.

Perkataan cincai merujuk kepada ungkapan atau perkataan yang ringan, santai, dan tidak terlalu formal. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu dengan cara yang mudah dan bersahaja.