1.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.
2.Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak,membuat supaya menjadi banyak dan menambah banyak.
Jom Belajar Bahasa Melayu percuma ,BM senang dan mudah dipelajari, dapatkan tip dan tahu tatabahasa belajar BM asas sekolah rendah dan menengah
1.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.
2.Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak,membuat supaya menjadi banyak dan menambah banyak.
1. Ejaan yang betul ialah analisis
2.Perkataan analisa ialah ejaan lama.
3.Analisis ialah serapan daripada perkataan bahasa Inggeris analysis.
Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian
sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan sebagainya) untuk mengetahui
pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam.
Contoh ayat
Satu analisis tabiat makan secara berlebihan telah dijalankan oleh pakar pemakanan.
Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP
1.Lebih kurang saja(melakukan sesuatu)
2.Tidak teliti
3.Tidak sungguh-sungguh.
4.Sembarangan.
Contoh ayat :
Jauhi kerja cincai.
Perkataan cincai turut dirakam dalam kamus sebagai kosa kata bahasa Melayu,
tetapi ia merupakan bahasa percakapan dan bukan bahasa standard.
Perkataan cincai merujuk kepada ungkapan atau perkataan yang
ringan, santai, dan tidak terlalu formal. Ia digunakan untuk menyampaikan
sesuatu dengan cara yang mudah dan bersahaja.