Isnin, Julai 15, 2024

Sekaligus atau sekali gus

Ejaan yang betul ialah sekali gus.

Sekali gus dieja secara terpisah.

Maksud sekali gus ialah melakukan sesuatu dan lain-lain dengan satu kali sahaja  atau serentak.

Contoh ayat :

Mereka mahu membayar hutang mereka sekali gus.

Bagaimana mengeja perkataan ahli jawatankuasa

 Ahli jawatankuasa dieja sebagai dua perkataan.

(ahli) + (jawatankuasa)

Jumaat, Julai 12, 2024

Kenalpasti,Mengenalpasti atau mengenal pasti

Perkataan ini dirapat atau dijarakkan.

Ejaan yang tepat ialah kenal pasti dan mengenal pasti.