Perfectionist adalah perkataan Bahasa Inggeris.
Tiada padanan khusus dalam Bahasa Melayu bagi istilah ini.
Perfectionist bermaksud mementingkan kesempurnaan.
Jom Belajar Bahasa Melayu percuma ,BM senang dan mudah dipelajari, dapatkan tip dan tahu tatabahasa belajar BM asas sekolah rendah dan menengah
Perfectionist adalah perkataan Bahasa Inggeris.
Tiada padanan khusus dalam Bahasa Melayu bagi istilah ini.
Perfectionist bermaksud mementingkan kesempurnaan.
Ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan permukiman.
Ejaan pemukiman yang betul ialah permukiman yang bermaksud kegiatan bermukim.
Kata asalnya ialah mukim yang bermaksud tinggal tetap (tempat tinggal) di bawah perintah seorang penghulu.
Kegiatan bermukim bermaksud kegiatan berkumpul atau tinggal di sesuatu kawasan.
Semua pegawai dari Kementerian Sumber Manusia bermukim di sebuah pusat latihan Janda Baik, Pahang bagi membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan isu tenaga buruh di Malaysia.
Kesalahan ejaan dalam bahasa Malaysia adalah masalah umum yang sering dihadapi oleh pengguna. Berikut adalah beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan beserta pembetulannya:
SALAH |
BETUL |
latarbelakang |
latar belakang |
perihatin |
prihatin |
mekanisma |
mekanisme |
automatif |
automotif |
analisa |
analisis |
atlit |
atlet |
Ibubapa |
Ibu bapa |
pilihanraya |
Pilihan raya |
lebuhraya |
Lebuh raya |
bumiputra |
bumiputera |
deraf |
draf |
Cocok (tusuk) |
Cucuk (tusuk) |
Kebanyakan kesalahan ini timbul akibat
kurangnya perhatian terhadap ejaan yang tepat, terutama dalam penggunaan kata
pinjaman dan kata majmuk.
Mengambil langkah untuk merujuk kepada sumber
yang sah, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dapat membantu mengurangkan
kesalahan ini.