Isnin, Ogos 12, 2024

Perfectionis dalam Bahasa Melayu

Perfectionist adalah perkataan  Bahasa Inggeris.

Tiada padanan khusus dalam Bahasa Melayu bagi istilah ini.

Perfectionist bermaksud mementingkan kesempurnaan.

Jumaat, Ogos 09, 2024

Permukiman atau pemukiman

Ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan permukiman.

Ejaan pemukiman yang betul ialah permukiman yang bermaksud kegiatan bermukim.

Kata asalnya ialah mukim yang bermaksud tinggal tetap (tempat tinggal) di bawah perintah seorang penghulu.

Kegiatan bermukim bermaksud kegiatan berkumpul atau tinggal di sesuatu kawasan.

Semua pegawai dari Kementerian Sumber Manusia bermukim di sebuah pusat latihan Janda Baik, Pahang  bagi membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan  isu  tenaga buruh di Malaysia.

Rabu, Ogos 07, 2024

Kesalahan Ejaan Bahasa Malaysia

Kesalahan ejaan dalam bahasa Malaysia adalah masalah umum yang sering dihadapi oleh pengguna. Berikut adalah beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan beserta pembetulannya:

 

 

SALAH

BETUL

latarbelakang 

latar belakang

perihatin

prihatin

mekanisma

mekanisme

automatif

automotif

analisa

analisis

atlit

atlet

Ibubapa

Ibu bapa

pilihanraya

Pilihan raya

lebuhraya

Lebuh raya

bumiputra

bumiputera

deraf

draf

Cocok (tusuk)

Cucuk (tusuk)

 

Kebanyakan kesalahan ini timbul akibat kurangnya perhatian terhadap ejaan yang tepat, terutama dalam penggunaan kata pinjaman dan kata majmuk.

Mengambil langkah untuk merujuk kepada sumber yang sah, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dapat membantu mengurangkan kesalahan ini.