Ahad, Januari 22, 2023

Was-was atau waswas

Ejaan yang betul ialah waswas.Perkataan waswas bermaksud perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.

Beristirehat atau beristirahat

Mana satukah yang betul ? Ejaan yang betul ialah beristirahat.

Perkataan istirahat berasal daripada kata arab yang bermaksud rehat.

Jumaat, Januari 20, 2023

Maksud perkataan madani

1.Madani berasal dari perkataan arab.

2.Perkataan madani bermaksud maju dari segi pemikiran ,kerohanian dan kebendaan(berkenaan masyarakat, generasi dan sebagainya)

3.Penggunaan perkataan tersebut perlu tepat mengikut makna dan konteks yang diberi.

Oleh itu apa kaitan dengan masyarakat madani ?

Masyarakat madani ialah masyarakat yang maju dari segi pemikiran,kerohanian dan kebendaan, berbudi luhur dan berakhlak mulia.