Bekerja atau Berkerja? Ejaan yang Betul dan Contoh Ayat

0 nazri - Jom Belajar BM



Ejaan yang betul ialah bekerja, bukannya berkerja. 

Perkataan bekerja digunakan untuk menunjukkan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau mempunyai pekerjaan. 

Menurut DBP, bekerja merupakan bentuk yang mantap dan menjadi bentuk terkecuali dalam pembentukan kata berimbuhan

Ejaan

Status

bekerja

✅ Betul

berkerja

❌ Tidak tepat


Contoh ayat
  1. Ayah bekerja sebagai guru.
  2. Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh.
  3. Saya bekerja di Kuala Terengganu.

Kesalahan yang sering berlaku

❌ Saya berkerja sebagai guru.
✅ Saya bekerja sebagai guru.


Adakah “berkerja” betul?
Tidak. Bentuk yang betul ialah bekerja.

Sering berlaku kekeliruan dalam kalangan murid semasa mengeja perkataan bekerja.

Mana satukah yang betul bekerja atau berkerja ?

Sebelum itu mari kita fahami dulu maksud bekerja :

Kerja (Kata Nama )
Bekerja = ( Kata Terbitan )

A.Melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:

Contoh ayat :

1.Setiap pegawai dan kakitangan yang lain bekerja bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik.

2.Beberapa orang buruh sedang bekerja keras membaiki jalan raya.

B.Mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan)

Contoh ayat :

1.Ada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas bekerja.

2.Sebahagian besar daripada  siswazah itu sudah pun bekerja.

C.Pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Contoh ayat :

1.Saya bercuti selama tiga hari dan akan balik bekerja pada hari Khamis.

Jadi ejaan yang betul :

bekerja (Betul)

berkerja (Salah)

Sumber : Kamus DBP


Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!