Faedah Mengikuti Kelas Tambahan

9 nazri - Jom Belajar BM

Ramai murid mengikuti kelas tambahan. Kelas ini diadakan  selepas waktu pembelajaran formal di sekolah. Ada kelas tambahan yang disediakan secara percuma. Ada kelas tambahan berbayar yang dianjur oleh pihak swasta. namun matlamat  kelas ini adalah untuk persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun,SPM dan STPM.


Dengan mengikuti kelas tambahan, murid dapat menambahkan pemahaman sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ada ketika subjek di ajar guru tidak sempat di habiskan semasa pembelajaran formal disebabkan kekangan masa dan faktor lain.Oleh itu pelajaran yang tertinggal tadi di ajar melalui kelas tambahan. 

Selain itu murid yang mengikuti kelas tambahan dapat meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kelas tambahan agak berbeza daripada kelas formal. Biasanya kelas tambahan akan berfokus kepada peperiksaan. Di sini semua murid menjawab soalan secara lebih mendalam dan latih tubi soalan peperiksaan. Tambahan pula guru akan cuba mengajar teknik menjawab dengan betul  bagi soalan yang berkaitan subjek diajar.

Dengan mengikuti kelas tambahan kita sebenarnya telah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Kita  tidak akan membuang masa dengan menonton televisyen dan Tik Tok terlalu kerap, bermain permainan video dan bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp', 'Instagram', 'Facebook' dan media sosial lain sehingga mengabaikan pelajaran.

Banyak sekolah yang menganjurkan kelas tambahan percuma kepada murid-muridnya. Dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan syarikat korporat yang sanggup menaja kelas tambahan percuma kepada murid. Oleh itu ibu bapa dapat  menjimatkan kos perbelanjaan daripada menghantar anak-anak ke pusat tuisyen berbayar. Secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah.


Oleh itu kelas tambahan banyak kebaikannya. Semua murid perlu manfaatkan sebaik mungkin. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan demi  kejayaan murid itu sendiri.


Tags :-

Catat Ulasan

9 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!