Jumaat, Mei 21, 2010

Kata Pemeri- ialah dan adalah

Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah

Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama.

Kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. 

Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja. 

Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. 
Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang. 
Contoh:
  • Angin ialah udara yang bergerak.
  • Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat.
Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek.
Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya.
Contoh:
  • Ahmad adalah penghulu kampung ini.
  • Melihat filem adalah kegemaran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan