Belajar Bahasa Melayu secara percuma dengan panduan mudah, nota tatabahasa, tips penulisan dan asas BM untuk sekolah rendah dan menengah. Sesuai untuk pelajar & ibu bapa.
Halaman
▼
Khamis, Jun 10, 2010
Kata Pemeri
Kata pemeri
perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa utama dalam prediket.
Terdapat dua jenis kata pemeri :
ialah
adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
Aiman adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Nasi goreng ialah makanan kegemaran saya.
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan