Contoh Karangan Biografi Rakan Saya yang Paling Saya Kagumi (Lengkap + Skor A)

0 nazri - Jom Belajar BM

Ciri-ciri karangan Biografi

Menceritakan latar belakang dan riwayat hidup seseorang yang dikenali.

Watak yang dipilih seperti :

Ahli politik
Karyawan
Ahli perniagaan
Ahli akademik
Seniman
Ahli sukan berjaya dan sebagainya.

Tuliskan karangan biografi tentang rakan yang paling saya kagumi.


     Semua orang mempunyai rakan dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai seorang rakan yang sangat saya hormati dan kagumi. Dia seorang yang pintar, berbudi bahasa serta memiliki rupa paras yang menarik.

Rakan yang saya maksudkan ialah Syamila binti Ahmad. Saya sangat bertuah kerana dapat berkawan dengannya sejak kami berada dalam kelas yang sama. Syamila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berada dan kini kami berusia 12 tahun.

Bapa Syamila merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Walaupun hidup dalam kemewahan, Syamila tidak pernah bersikap sombong. Dia sentiasa merendah diri dan bergaul mesra dengan semua rakan. Setiap hari, dia dihantar ke sekolah oleh pemandu peribadi bapanya.

Selain itu, Syamila sangat cemerlang dalam pelajaran. Dia sering membantu saya dan rakan-rakan lain dalam memahami subjek Bahasa Inggeris. Kefasihannya bertutur dalam bahasa tersebut membuatkan kami kagum dan menjadikannya sebagai rujukan utama di kelas.

Di samping itu, Syamila juga berbakat dalam bidang sukan. Dia merupakan pemain golf sekolah dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan. Bukan itu sahaja, dia juga petah berpidato dan aktif dalam pertandingan debat Bahasa Inggeris.

Syamila seorang yang bercita-cita tinggi. Dia berhasrat untuk menjadi seorang pakar bedah pada masa hadapan. Saya sangat bangga mempunyai rakan seperti Syamila kerana dia bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah yang terpuji.

Sesungguhnya Syamila merupakan sahabat yang sangat saya kagumi. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamanya.

 Lagi Contoh Karangan Dwibahasa Sekolah Rendah

Catat Ulasan

0 Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!