Memaparkan catatan dengan label Kata Terbitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Terbitan. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 23, 2019

Ejaan Memastikan

Mana satukah perkataan yang betul ? 

memastikan atau mempastikan 

Kata terbitan yang betul ialah memastikan

apabila kata dasar bermula dengan huruf P - pasti menerima awalan meN- huruf P mengalami proses pengguguran dan digantikan dengan huruf m 


Sumber : Khidmat Nasihat DBP

Jumaat, Februari 01, 2019

Terngiang-ngiang

Perkataan terngiang-ngiang adalah kata terbitan. 

Maksud terngiang-ngiang ialah masih terdengar-dengar (sesuatu yang telah didengar sebelum ini)

Contoh ayat :

1.Wasiat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

2.Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata kesat rakan-rakanku menghina keluarga kami yang miskin. 

Sabtu, Mei 06, 2017

Pemuafakatan atau Permuafakatan

Perkataan yang betul ialah permuafakatan.

Perkataan permuafakatan merujuk perihal bermuafakat(perundingan,persetujuan)

Contoh ayat :

Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi.

Sabtu, Mei 22, 2010

Bekerja Atau Berkerja






Sering berlaku kekeliruan dalam kalangan murid UPSR semasa mengeja perkataan bekerja.

Mana satukah yang betul bekerja atau berkerja ?

Sebelum itu mari kita fahami dulu maksud bekerja :

Kerja (Kata Nama )
Bekerja = ( Kata Terbitan )

A.Melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:

Contoh ayat :

1.Setiap pegawai dan kakitangan yang lain bekerja bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik.

2.Beberapa orang buruh sedang bekerja keras membaiki jalan raya.

B.Mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan)

Contoh ayat :

1.Ada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas bekerja.

2.Sebahagian besar daripada  siswazah itu sudah pun bekerja.

C.Pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Contoh ayat :

1.Saya bercuti selama tiga hari dan akan balik bekerja pada hari Khamis.

Jadi ejaan yang betul :

bekerja (Betul)

berkerja (Salah)

Sumber : Kamus DBP