Memaparkan catatan dengan label Penjodoh Bilangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjodoh Bilangan. Papar semua catatan

Rabu, April 29, 2020

Penjodoh Bilangan Jarum

Sebilah jarum atau sebatang jarum ?














Mengikut Kamus Dewan penjodoh bilangan yang sesuai ialah bilah, 
sebilah jarum. 

Namun begitu penggunaan sebatang jarum telah mantap dalam kalangan masyarakat. 

Oleh itu, penjodoh bilangan sebilah dan sebatang jarum diterima berdasarkan rumus dan kelaziman penggunaannya.

Sumber : Khidmat Nasihat DBP

Jumaat, Februari 21, 2020

Rawan

Kita menggunakan penjodoh bilangan untuk membilang benda, orang,binatang dan tempat.

Penjodoh bilangan                    Kegunaan membilang                    Contoh benda



rawan                                                benda bersirat                             jala,pukat,jaring


Angkatan

Kita menggunakan penjodoh bilangan untuk membilang benda, orang,binatang dan tempat.

Penjodoh bilangan                    Kegunaan membilang                    Contoh benda

angkatan                                      benda dan manusia              tentera,kapal perang,pelukis


Selasa, Mac 19, 2019

Penjodoh bilangan

baris:


Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya



batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


Sumber :http://noor-alladom4.blogspot.com

Khamis, Julai 14, 2011

Gugusan

Beberapa benda (seperti pulau) yang berada dalam kumpulan dan dikira satu; kelompok:

 Contoh :






 Gugusan Pulau Melayu; 


 
 Gugusan bintang.

Rabu, Julai 06, 2011

Rebung





Rebung bermaksud  anak buluh yang masih lembut.
Pucuk rebung pula bermaksud rebung yang masih muda.

Penjodoh bilangan  sesuai bagi rebung yang masih di pangkal pokok buluh ialah batang.


Mak Limah telah membeli beberapa pucuk rebung di pasar malam.






Isnin, Ogos 02, 2010

Sekawan

Penjodoh bilangan untuk burung ,tebuan dan sebagainya.



Sekawan burung

Gerombolan

Kumpulan orang jahat - perusuh ,lanun dan sebagainya.

Gerombolan lanun itu telah merampas binatang ternakan dan barang-barang makanan daripada penduduk kampung.

Lembar

Penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll)

Ahad, Ogos 01, 2010

Kaki

Penjodoh bilangan bagi beberapa benda:

tiga ~ bunga

se~ payung.

Rawan

Penjodoh bilangan utk beberapa benda (spt kancing baju, jala dll) yg bererti selengkap:
 
se~ jala

se~ kancing baju 

se~ tali.