Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinonim. Papar semua catatan

Ahad, September 25, 2016

Maksud jejambat

Hasil carian imej untuk jejambat wikipedia

1.Jambatan jalan raya atau jalan kereta api yang dibina melintasi lurah dan sebagainya.






Hasil carian imej untuk jejambat wikipedia

2.Jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan: 



Contoh ayat :

Jejambat yang merentangi jalan kereta api itu penuh sesak.

Berteriak

Maksud : berseru dengan suara yang keras dan nyaring ; menjerit : memekik ; melaung

Meneriakkan

Maksud meneriakkan :

memekikkan sesuatu dengan suara yang keras dan nyaring

menyerukan; melaungkan: 


Contoh ayat :

Jurulatih itu meneriakkan perkataan yang kurang jelas kepada pelatihnya.

Selasa, Oktober 30, 2012

Jumaat, September 07, 2012

Menarah

Meratakan atau melicinkan kayu dan sebagainya dengan kapak.

Contoh ayat :
Pak Ali sedang menarah kayu merbau untuk dibuat sarung pisau.

Jumaat, Mei 18, 2012

Khamis, Mac 15, 2012

Berteriak

Berseru dengan suara yg keras dan nyaring; menjerit; melaung; memekik: 

Rabu, Julai 06, 2011

Tetupai




Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain,  atau jeruji. 


Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain.





Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. 






Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°).


Isnin, Jun 27, 2011

Baru Atau Baharu

Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dan sebagainya. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dan sebagainya. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

sumber : Khidmat nasihat Kamus Online DBP

Selasa, April 26, 2011

Kendatipun

Maksud :

walaupun, meskipun, biarpun

Contoh ayat :

kendatipun tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga.

Sabtu, April 02, 2011

Lembap Atau lembam

Perkataan lembap dan lembam boleh digunakan untuk maksud kanak-kanak yang tidak cergas dan lemah dalam pelajaran.



Sumber rujukan : Kamus DBP Online.

Jumaat, April 01, 2011

Pertukaran dan Penukaran

Ramai dalam kalangan pelajar dan dewasa yang keliru dengan penggunaan pertukaran dan penukaran.

Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dan sebagainya, bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). 

Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit.
 

Penukaran pula ialah perbuatan (hal dan sebagainya) me­nukar atau menukarkan. 

Contoh ayat, penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

Sumber : Kamus Dewan Online

Sabtu, Mac 05, 2011

Belayar

 Mempunyai dua maksud :





1. berjalan atau bergerak (berkenaan kapal atau perahu): 

Contoh ayat :

kapal itu sedang belayar  menuju ke pelabuhan Kelang; 










2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu:  

 Contoh ayat

mereka akan belayar ke India dengan menaiki kapal penumpang;

Berlabuh

Mempunyai dua maksud :






1. Tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai berlabuh.






2. Berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): 


Akibat angin kencang, kapal itu terpaksa berlabuh  di sebuah pulau.

Sabtu, Februari 05, 2011

Unggul

Bermaksud :

1.melebihi yang lain(bijak,cekap,baik) ulung

Contoh ayat : 



Tun Dr Mahathir ialah seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik yang unggul.

Jumaat, Februari 04, 2011

Sinonim

Terharu mempunyai dua maksud :

1. Berasa hiba atau sedih,rawan hati

Puan Mary memandang anaknya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu.





2.Berasa tidak aman (kacau) fikiran



Fikirannya terharu apabila memikirkan masalah-masalah yang akan timbul nanti.

Selasa, Februari 01, 2011

Sinonim

Sering berlaku kekeliruan maksud lidas.

Lidas : Rasa pedih atau gatal pada lidah ketika makan buah yang masam seperti nanas

Isnin, Januari 24, 2011

Maung

 Membawa tiga maksud :

1.Bau yang memualkan, pahit.
2.kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam.
3.Harimau(Bahasa Sunda)

Pahit maung = rasa yang pahit sekali atau pelbagai kesusahan dan penderitaan.

Peribahasa:

Gulai lampau serai tentu maung
Perbuatan yang berlebihan tidak mendatangkan faedah