Jumaat, Disember 15, 2023

Kesalahan ejaan

 Penggunaan tanda sempang yang betul.


SALAH

BETUL

dwi-bahasa

dwibahasa

SeMalaysia

Se-Malaysia

anti Amerika

anti-Amerika

kurniaNya

Kurnia-Nya

hambaMu

hamba-Mu

pro Malaysia

pro-Malaysia


Sabtu, Disember 09, 2023

Mata pelajaran dan sama ada

Perkataan mata pelajaran dan sama ada ialah kata majmuk.

Perkataan ini dieja secara terpisah.

Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran

Isnin, November 27, 2023

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.

Contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. 

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.

Kata tanya digunakan dalam ayat tanya.

Contoh ayat:

Siapakah nama dia ?

Di mana dia tinggal ?


Kata tanya boleh hadir di depan ayat dan di belakang ayat.

Sekiranya diletakkan di depan ayat, kata tanya perlu disertai partikel -kah.

Contoh ayat:

Berapakah harga barang itu ?

Harga barang itu berapa ?

Bilakah mereka sampai?

Mereka sampai bila?


Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata.

Kata tanya siapa tidak boleh digunakan untuk binatang.