Khamis, September 08, 2016

Sekaligus atau sekali gus

Ejaan yang betul ialah sekali gus.

Perkataan ini deja secara terpisah.

Bandar raya atau bandaraya

Ejaan yang betul ialah bandar raya.

Kenapa akronim Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dieja rapat ? Perkataan tersebut merupakan ejaan lama dan kekal  diguna pakai sebelum tahun 1970.Perkataan yang diwartakan selepas  tahun 1970 ditulis dalam dua perkataan. 


Sumber : Khidmat Nasihat DBP 

Isnin, Mac 07, 2016

Memperoleh atau memperolehi

Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai,menemui,dan sebagainya atau usaha


Contoh ayat : 

1.Memperoleh rahmat daripada Allah.

2.Memperoleh kesenangan hidup