Khamis, Mac 02, 2017

Beza bersiaran dan disiarkan

Bermaksud mengendalikan siaran di radio atau televisyen.

Disiarkan bermaksud dihebahkan kepada orang ramai melalui radio, televisyen dan surat khabar.

Rabu, Mac 01, 2017

kalangan, pada kalangan dan di kalangan

Apakah perbezaan di antara kalangan,  pada kalangan  dan  di kalangan?

Frasa yang biasa digunakan ialah 'di kalangan' dan 'dalam kalangan' jarang terdapat penggunaan frasa 'pada kalangan'.

Frasa yang paling tepat ialah 'dalam kalangan' kerana sendi nama 'di' merujuk kepada masa dan tempat. 

Kata 'kalangan' bermaksud: lingkungan, golongan. Sekiranya 'di' dibubuh pada kata ini, 

contoh: di golongan, maka jelas kelihatan bahawa 'di' atau 'pada' tidak sesuai dipadankan di situ.

Perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi

Kata menghadiahi digunakan apabila merujuk perbuatan memberikan hadiah kepada seseorang; contoh ayat 

1.Pengurus itu menghadiahi setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata, 

manakala kata menghadiahkan digunakan apabila merujuk memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:  

2.Mereka menghadiahkan sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu.

atau 

'Menghadiahi' digunakan untuk objek 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa.

Bagi ayat yang nombor satu, perkataan yang tepat  ialah ...'menghadiahi'.

Sumber : Kamus DBP Online