Sabtu, Mac 23, 2024

Apakah Perbezaan Strategi dan Strategik

Strategi (Kata Nama)

 

1.Strategi bermaksud perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor serta persediaan yang  teliti untuk mencapai matlamat yang diingini.

Contoh penggunaan:
a. Strategi belajar yang berkesan dapat membantu murid mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

b.Seorang usahawan akan menggunakan pelbagai strategi bagi melariskan jualan produknya.

2. Ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:


Contoh penggunaan:
Strategi perang tidak boleh didedahkan kepada musuh.

3. Taktik dalam peperangan untuk menyerang musuh:


Contoh penggunaan:
Kemenangan mutlak dalam suatu pertempuran bergantung kepada  
strategi yang digunakan.


bahasa basahan
Siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

 

Strategik (Kata Adjektif)

Strategik bermaksud baik, elok atau sesuai letaknya(berkenaan kedudukan sesuatu)


Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

 

Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP.

 

 

Jumaat, Mac 15, 2024

Popular

Maksud popular :

1.Digemari atau disukai ramai.

Contoh ayat :

Dia sangat popular dalam media sosial.


Kata Nama Khas bagi kedai :

Kedai Buku Popular atau kedai buku Popular ?

Jawapan :

Kedai Buku Popular

Rabu, Februari 21, 2024

Mana satukah yang betul

Saya telah diarahkan merujuk perkara di atas atau saya diarah merujuk perkara di atas?

Jawapan yang betul dalam penulisan surat rasmi:

Saya diarah merujuk perkara di atas

walau bagaimanapun penggunaan yang lazim digunakan dalam penulisan surat rasmi atau ayat yang gramatis ialah:

Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas 

atau

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas


Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP