Strategi (Kata Nama)
1.Strategi
bermaksud perancangan
yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor serta persediaan yang teliti untuk mencapai matlamat yang diingini.
Contoh
penggunaan:
a. Strategi belajar yang berkesan dapat membantu murid mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
b.Seorang usahawan
akan menggunakan pelbagai strategi bagi melariskan jualan produknya.
2. Ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Strategi perang tidak boleh didedahkan kepada musuh.
3. Taktik dalam peperangan untuk
menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan mutlak dalam suatu pertempuran
bergantung kepada strategi yang digunakan.
4 bahasa basahan
Siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.
Strategik
(Kata Adjektif)
Strategik
bermaksud baik,
elok atau sesuai letaknya(berkenaan kedudukan sesuatu)
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk
publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi
perdagangan dan keselamatan
membantu perkembangannya sehingga terkenal di
Timur dan Barat.
Sumber
rujukan : Khidmat Nasihat DBP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan