Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 01, 2017

Perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi

Kata menghadiahi digunakan apabila merujuk perbuatan memberikan hadiah kepada seseorang; contoh ayat 

1.Pengurus itu menghadiahi setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata, 

manakala kata menghadiahkan digunakan apabila merujuk memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:  

2.Mereka menghadiahkan sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu.

atau 

'Menghadiahi' digunakan untuk objek 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa.

Bagi ayat yang nombor satu, perkataan yang tepat  ialah ...'menghadiahi'.

Sumber : Kamus DBP Online


Khamis, September 08, 2016

Sekaligus atau sekali gus

Ejaan yang betul ialah sekali gus.

Perkataan ini deja secara terpisah.

Bandar raya atau bandaraya

Ejaan yang betul ialah bandar raya.

Kenapa akronim Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dieja rapat ? Perkataan tersebut merupakan ejaan lama dan kekal  diguna pakai sebelum tahun 1970.Perkataan yang diwartakan selepas  tahun 1970 ditulis dalam dua perkataan. 


Sumber : Khidmat Nasihat DBP 

Isnin, Mac 07, 2016

Memperoleh atau memperolehi

Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai,menemui,dan sebagainya atau usaha


Contoh ayat : 

1.Memperoleh rahmat daripada Allah.

2.Memperoleh kesenangan hidup


Selasa, Disember 22, 2015

Ejaan Pelantikan atau Perlantikan

Perkataan perlantikan tiada dalam Bahasa Melayu.
Ejaan yang betul ialah pelantikan.
Bermaksud perihal melantik.
Perkataan pelantikan merupakan kata terbitan

Sabtu, Februari 23, 2013

Keretapi Atau Kereta api



Sering berlaku kekeliruan.Ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah

Khamis, Ogos 04, 2011

Istirahat Atau Istirehat

Perkataan yang tepat bagi menunjukkan perbuatan berhenti daripada melakukan sesuatu untuk melepaskan penat dan lelah adalah istirahat.

Sabtu, Jun 11, 2011

Analisis



Apakah perbezaan analisis dan analisa ?

Istilah yang betul ialah analisis.Perkataan analisa ialah ejaan lama.

Analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

Khamis, Mei 26, 2011

Ais krim

Perkataan ais krim hendaklah dieja terpisah dan tiada tanda sempang.



ais krim - betul
ais-krim - salah
aiskrim - salah

Selasa, April 26, 2011

Tulen

Sering berlaku kekeliruan dan kesilapan dalam ejaan tulen.Mana satukah ejaan yang betul .Tulin atau tulen.Sebenarnya kedua-duanya mempunyai makna yang sama tetapi ejaan yang betul ialah tulen.

Rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sabtu, Mei 22, 2010

Bekerja Atau Berkerja






Sering berlaku kekeliruan dalam kalangan murid UPSR semasa mengeja perkataan bekerja.

Mana satukah yang betul bekerja atau berkerja ?

Sebelum itu mari kita fahami dulu maksud bekerja :

Kerja (Kata Nama )
Bekerja = ( Kata Terbitan )

A.Melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:

Contoh ayat :

1.Setiap pegawai dan kakitangan yang lain bekerja bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik.

2.Beberapa orang buruh sedang bekerja keras membaiki jalan raya.

B.Mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan)

Contoh ayat :

1.Ada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas bekerja.

2.Sebahagian besar daripada  siswazah itu sudah pun bekerja.

C.Pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Contoh ayat :

1.Saya bercuti selama tiga hari dan akan balik bekerja pada hari Khamis.

Jadi ejaan yang betul :

bekerja (Betul)

berkerja (Salah)

Sumber : Kamus DBP