Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan

Sabtu, April 01, 2023

Bandaraya atau bandar raya?

Ejaan yang betul ialah bandar raya dengan dipisahkan perkataan tersebut.

Bagaimana dengan ejaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL?

Jawapan :

 

Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah ditubuhkan dan diwartakan sebelum tahun 1972.

 

Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya.

Walau bagaimanapun terdapat penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama.

 

Penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku kepada anda sebagai pengguna Bahasa Melayu.

 

Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP.

Jumaat, Mac 31, 2023

Pasar raya,Pasaraya atau Pasar Raya



Mana satukah ejaan yang betul bagi perkataan pasar raya?

1.Perkataan pasar raya merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.

2.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

3.Ejaan yang betul ialah pasar raya.


Sumber rujukan : Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. 


Mana satukah ayat di bawah yang betul ?


1.Saya membeli-belah di pasar raya Giant.

2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.

3.Saya membeli-belah di Pasar raya Giant.


Jawapan :


2.Saya membeli-belah di Pasar Raya Giant.


Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP.

Isnin, Februari 13, 2023

Penguatkuasa atau penguat kuasa

Ejaan yang betul ialah penguat kuasa. 

Definisi : orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Seringkali atau sering kali

Ejaan yang betul ialah sering kali (Perkataan ini dieja terpisah)

Sinonim : Kerap,selalu,acap kali.



Sabtu, Februari 04, 2023

Tulen atau tulin

Kedua-duanya mempunyai makna yang sama tetapi ejaan yang betul ialah tulen.

Kata tulen berasal daripada bahasa Indonesia.

Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga tidak termasuk  pola keselarasan vokal (u-i) dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Definisi : (tulen) tidak bercampur(dengan yang lain),bukan tiruan,asli,sejati.



Jumaat, Januari 27, 2023

Restoran atau restoren

Ejaan yang betul ialah restoran.

Restoran Mek Yah Tomyam atau Restoran Tomyam Mek Yah.

Nama yang betul ialah Restoran Tomyam Mek Yah.

Ahad, Januari 22, 2023

Was-was atau waswas

Ejaan yang betul ialah waswas.Perkataan waswas bermaksud perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.

Beristirehat atau beristirahat

Mana satukah yang betul ? Ejaan yang betul ialah beristirahat.

Perkataan istirahat berasal daripada kata arab yang bermaksud rehat.

Sabtu, Januari 14, 2023

Lagi kesalahan ejaan

 

SALAH

BETUL

taksub

taasub

lagenda

legenda

catit

catat

karisme

karisma

kolestrol

kolesterol

efisyen

efisien

mahsyur

masyhur

rambut kerinting

Rambut keriting

automatif

automotif

audien

audiens

agreget

agregat

Kesalahan ejaan yang sering dilakukan

 

SALAH

BETUL

mengalakkan

menggalakkan

menyakinkan

meyakinkan

mengenegahkan

mengetengahkan

kebaikkan

kebaikan

Kenaikkan

kenaikan

resepi

resipi

tanggung jawab

tanggungjawab

mustika

mestika

dakyah

diayah

kerosakkan

kerosakan

kebanyakkan

kebanyakan

Selasa, Januari 10, 2023

Peruntukan atau peruntukkan

Ejaan yang betul ialah peruntukan.

1.Sesuatu yg telah diuntukkan. Bahagian atau jumlah (wang dan lain-lain) yang ditetapkan (ditentukan) untuk: 

Contoh ayat :

Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan untuk membina rumah-rumah pemulihan akhlak.

2.Syarat atau ketentuan (dalam undang-undang dan lain-lain)

Contoh ayat :

Peruntukan undang-undang untuk membataskan poligami. 

Rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat

Khamis, Disember 01, 2022

Analisa atau analisis

Ejaan yang betul ialah analisis.

Analisa ialah ejaan lama.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (keadaan , masalah dan lain-lain)

Selasa, Februari 02, 2021

Ejaan berkuat kuasa

 



Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berkuat kuasa bermaksud mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku. 

Ejaan yang betul ialah berkuat kuasa.Perkataan ini dijarakkan.