Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis Karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis Karangan. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 21, 2024

Hobi membaca

Setiap orang pasti mempunyai hobi bagi mengisi waktu lapang. Hobi bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menguruskan tekanan dan menjaga kesejahteraan mental. Hobi yang paling saya gemari ialah membaca buku. Membaca telah menjadi sebahagian tabiat harian saya sejak kecil dan sehingga kini.

            Kenapa saya memilih hobi membaca.Faktor terpenting ialah membaca buku dapat mengembangkan pengetahuan saya dalam pelbagai bidang. Setiap buku yang saya baca memberikan saya maklumat baru dan pandangan yang berbeza tentang dunia. Contohnya, melalui buku sejarah, saya dapat memahami peristiwa penting yang membentuk dunia kita hari ini. Selain itu, buku berkaitan sains memberikan saya pengetahuan mendalam tentang fenomena alam dan teknologi terkini. Membaca juga memperkenalkan saya kepada pelbagai budaya kaum dan memperkaya pemahaman saya tentang cara hidup orang lain di seluruh dunia.

Selain itu membaca juga membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan menulis saya. Semasa membaca saya sering berhadapan dengan pelbagai idea dan konsep yang memerlukan pemikiran kritis untuk difahami. Aktiviti ini melatih saya untuk menganalisis dan menilai maklumat dengan lebih baik. Selain itu, gaya penulisan  yang saya baca turut memberi inspirasi kepada saya dalam menghasilkan karya tulisan yang berkualiti. Dengan ini, saya dapat memperbaiki kemahiran menulis saya dari masa ke masa.

         Membaca juga merupakan cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Apabila saya berasa tertekan dengan tugasan atau masalah harian, membaca membantu saya melarikan diri seketika dari realiti dan memasuki dunia fiksyen yang menarik. Buku-buku fiksyen, terutamanya, membolehkan saya menghayati kehidupan watak  yang berbeza dan mengalami pengembaraan yang luar biasa tanpa perlu meninggalkan rumah. Aktiviti ini memberikan saya ketenangan dan membantu saya kembali tenang sebelum menghadapi cabaran seterusnya.

         Hobi membaca juga memupuk nilai-nilai positif dalam diri saya. Banyak buku yang saya baca mengandungi mesej moral yang penting seperti nilai persahabatan, keberanian, dan kejujuran. Melalui kisah yang penuh inspirasi ini saya belajar untuk menjadi individu yang lebih baik. Buku-buku motivasi dan pembangunan diri juga memberi saya dorongan untuk mencapai impian dan tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan kegagalan.

         Kesimpulannya membaca buku bukan sahaja memberikan keseronokan, tetapi memberi banyak manfaat dalam kehidupan saya. Oleh itu, saya akan terus menjadikan membaca sebagai hobi utama dan berharap lebih ramai lagi orang akan menyedari faedah membaca dalam kehidupan mereka. Membaca bukan sahaja menjadikan kita lebih bijaksana tetapi juga menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dan selamat untuk didiami.

Jumaat, Januari 17, 2020

25 Karangan Contoh UPSR

Bahan pilihan kali ini adalah Latihan Karangan Bahasa Melayu UPSR – 25 Contoh. Bahan-bahan ini adalah hasil perkongsian oleh guru-guru yang berpengalaman,dan bertujuan untuk berkongsi dan membantu para pelajar cukup bersedia menghadapi peperiksaan UPSR. Bahan-bahan yang terpilih ini dibentuk dan dikemukakan dalam format baharu dan memenuhi piawaian standard Lembaga Peperiksaan Malaysia dan KPM.
Kepada para pelajar diharapkan bahan yang disediakan ini memberi sedikit input dan dapat mengemaskan diri untuk persediaan menghadapi peperiksaan yang mendatang. Tidak perlu gugup dan gerun untuk menghadapi peperiksaan. Sekiranya anda membuat persediaan yang rapi, segala usaha anda akan membuahkan hasil. Ia akan membolehkan anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan semangat yang tinggi. Jangan pernah putus asa kerana anda telah berusaha. Jika anda masih belum mendapat keputusan yang cemerlang, ini bermakna anda perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.
Semoga Bermanafaat Kepada semua
Sila muat turun di sini.
Sumber : gurubesar.my

Khamis, Mei 13, 2010

Jenis-Jenis Karangan

Umumnya, karangan atau penulisan dalam UPSR terbahagi kepada dua jenis:


A. Karangan berformat (gaya persembahan sesuatu rencana)
                 (Sila Klik untuk memahami maksud format dengan lebih lanjut)

   
B. Karangan tidak berformat




4. Contoh karangan berformat



1. Berita


2. Dialog/ temu ramah


3. Laporan


4. Perbahasan


5. Surat kiriman rasmi


6. Surat kiriman tidak rasmi


7. Syarahan


8. Ucapan




B. Contoh karangan tidak berformat


1. Autobiografi &  biografi


2. Fakta


3. Imaginasi/cereka


4. Peribahasa


5. Perbincangan


6. Naratif/keperihalan


7. Penerangan


8. Situasi


9. Menyudahkan cerita




Sumber : Portal Pendidikan Utusan