Setiap orang pasti mempunyai hobi bagi mengisi waktu lapang. Hobi bukan sahaja menyeronokkan tetapi membantu kita menguruskan tekanan dan menjaga kesejahteraan mental. Hobi yang paling saya gemari ialah membaca buku. Membaca telah menjadi sebahagian tabiat harian saya sejak kecil dan sehingga kini.
Kenapa saya memilih hobi membaca.Faktor terpenting ialah membaca buku dapat mengembangkan pengetahuan saya dalam pelbagai bidang. Setiap buku yang saya baca memberikan saya maklumat baru dan pandangan yang berbeza tentang dunia. Contohnya, melalui buku sejarah, saya dapat memahami peristiwa penting yang membentuk dunia kita hari ini. Selain itu, buku berkaitan sains memberikan saya pengetahuan mendalam tentang fenomena alam dan teknologi terkini. Membaca juga memperkenalkan saya kepada pelbagai budaya kaum dan memperkaya pemahaman saya tentang cara hidup orang lain di seluruh dunia.
Selain itu membaca juga membantu meningkatkan kemahiran
berfikir dan menulis saya. Semasa membaca saya sering berhadapan dengan
pelbagai idea dan konsep yang memerlukan pemikiran kritis untuk difahami.
Aktiviti ini melatih saya untuk menganalisis dan menilai maklumat dengan lebih
baik. Selain itu, gaya penulisan yang
saya baca turut memberi inspirasi kepada saya dalam menghasilkan karya tulisan
yang berkualiti. Dengan ini, saya dapat memperbaiki kemahiran menulis saya dari
masa ke masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan