Memaparkan catatan dengan label Peribahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribahasa. Papar semua catatan

Isnin, Jun 09, 2025

Petua Hafal Peribahasa Dengan Pantas & Kekal Dalam Ingatan – Gaya Santai Untuk Pelajar!

🧠 Petua Hafal Peribahasa Dengan Pantas & Kekal Dalam Ingatan – Gaya Santai Untuk Pelajar!

Nak hafal peribahasa tapi rasa macam "kenapa banyak sangat yang nak kena ingat?" Tenang! Saya kongsi beberapa tip yang boleh bantu anda hafal peribahasa dengan mudah dan tak cepat lupa.


1. 🔁 Guna Teknik Ulang + Suara Kuat

Jangan hafal dalam hati je. Sebut kuat-kuat! Bila anda ulang dan dengar balik suara sendiri, otak lebih cepat tangkap.

Contoh: “Bagai aur dengan tebing, bagai aur dengan tebing…” sambil jalan ulang-alik dalam bilik. Macam orang gila sikit tapi berkesan 😂


2. 🎥 Cipta Cerita / Drama Pendek

Ambil satu peribahasa, buat cerita kelakar atau drama pendek. Lagi pelik, lagi senang ingat.

Contoh: “Harapkan pagar, pagar makan padi” – Bayangkan pagar tu robot yang makan padi dekat sawah. Jahat betul!


3. 🎨 Lukis Gambar / Komik

Kalau anda jenis visual, cuba lukis peribahasa tu. Tak perlu cantik pun. Janji anda faham. Buat komik 2-3 panel pun ok.


4. 🎶 Buat Lagu / Irama

Jadikan peribahasa macam lirik lagu. Anda boleh ubah lagu popular dan ganti dengan peribahasa. Otak senang lekat bila ada melodi.

Lagu “Twinkle Twinkle Little Star” =
“Bagai aur dengan tebing, saling bantu tak berhenti~” 🎵


5. 🧩 Guna Kad Imbas (Flashcards)

Tulis peribahasa depan kad, maksud dekat belakang. Uji diri sendiri atau ajak kawan main kuiz. Boleh jadi permainan sebelum peperiksaan.


6. 💬 Gunakan Dalam Ayat Harian

Lepas belajar, cuba guna dalam percakapan. Contoh:

"Eh kau ni, macam kera dapat bunga lah bila pegang telefon bimbit baru!"
Haa terus lekat dalam kepala 😆


7. 📱 Rakam Suara Sendiri

Rakam suara anda baca peribahasa dan maksud. Lepas tu dengar balik masa tengah naik bas, makan, atau nak tidur.


8. 📚 Buat Senarai Ikut Tema

Bahagikan ikut tema: binatang, manusia, alam dan lain-lain. Bila tersusun, senang otak nak serap sebab ada “kumpulan”.


9. 🤝 Ajar Orang Lain

Bila anda ajar kawan, otak automatik kena faham betul-betul dulu. Sekali ajar, dua kali hafal!


10. 🕐 Belajar Sikit-Sikit Tapi Konsisten

Daripada hafal semua dalam satu malam, ambil 5 peribahasa sehari pun dah cukup. Lama-lama jadi bukit.


Penutup

Hafal peribahasa tak perlu stress. Buat dengan cara yang  santai dan sesuai dengan gaya belajar anda. Ingat, bila belajar dengan gembira, otak pun lebih senang ingat! 

Senarai Peribahasa untuk Tingkatan 5

 Berikut ialah Senarai Peribahasa Mengikut Tema & Penggunaan khas untuk pelajar Tingkatan 5, selaras dengan silibus KSSM dan berguna untuk karangan, ulasan, serta soalan KOMSAS.


📚 1. Tema Pendidikan / Ilmu Pengetahuan

Peribahasa

Maksud

Bagai aur dengan tebing

Kerjasama saling membantu antara satu sama lain

Belakang parang pun jika diasah nescaya tajam

Seseorang yang lemah pun jika belajar bersungguh-sungguh akan berjaya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Jika tidak berusaha bersungguh-sungguh, tidak akan berjaya

Ringan tulang, berat perut

Rajin berusaha akan membawa kejayaan


🏡 2. Tema Keluarga / Kasih Sayang

Peribahasa

Maksud

Air dicincang tidak akan putus

Hubungan kekeluargaan yang tidak akan terputus walau bergaduh

Seperti mentimun dengan durian

Pihak yang lemah jika bertembung dengan pihak kuat pasti rugi

Kasih ibu membawa ke syurga

Pengorbanan ibu sangat besar dan tidak ternilai


🧑‍🤝‍🧑 3. Tema Persahabatan / Jiran / Masyarakat

Peribahasa

Maksud

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Semangat bekerjasama dalam suka dan duka

Bersatu teguh, bercerai roboh

Perpaduan membawa kekuatan, perpecahan membawa kehancuran

Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

Kesusahan seseorang turut dirasai oleh yang lain


🎯 4. Tema Kepimpinan / Jati Diri

Peribahasa

Maksud

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Orang yang berjasa akan dikenang walaupun telah tiada

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Menyesuaikan diri dengan tempat yang didiami

Biar mati anak, jangan mati adat

Menjaga maruah dan adat lebih utama daripada perkara lain


📉 5. Tema Cabaran / Masalah Sosial / Disiplin

Peribahasa

Maksud

Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Mementingkan diri tanpa peduli orang lain

Membujur lalu melintang patah

Berani menghadapi cabaran walaupun sukar

Nasi sudah menjadi bubur

Sesuatu yang sudah berlaku tidak dapat diubah

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Berfikir sebelum bertindak


💡 Cara Guna dalam Karangan:

Contoh ayat:

Pelajar seharusnya bersatu seperti aur dengan tebing, saling bantu-membantu dalam menyiapkan tugasan kumpulan demi mencapai kecemerlangan bersama.


 

Jumaat, Ogos 02, 2024

Lebih sudu dari kuah

Mana satukah  ungkapan yang betul ?

Terlebih sudu dari kuah atau lebih sudu dari kuah ?

Ungkapan yang tepat ialah lebih sudu dari kuah.

Apakah maksud ungkapan lebih sudu dari kuah ?

Maksudnya orang yang tidak mempunyai kuasa atau jawatan tetapi menunjukkan kuasa yang berlebihan daripada orang yang berkuasa atau berjawatan.

Jumaat, Mac 29, 2024

21 peribahasa tentang hati

1.Terang hati

Maksud : Lekas pandai.

2.Rendah hati
Maksud : Tidak sombong

3.Murah hati
Maksud : Pemurah.

4.Ada hati

Maksud : Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

 

5.Baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

 

9.Buah hati

Maksud :Orang yang dikasihi,kekasih

 

10.Besar hati

Maksud:Bangga,gembira

 

11.Makan hati.

Maksud:Terlalu sangat berdukacita dan menderita

 

12.Berat hati

Maksud :Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.

 

13.Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang

Maksud :Pendirian yang tidak tetap.

 

14.Bagai empedu lekat di hati

Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

 

15.Belah dada lihatlah hati

Maksud:Berkata benar.

 

16.Beraja di hati, bersultan di mata

Maksud :Menuruti kehendak hati sendiri.

 

17.Berat hati beratlah tulang

Maksud :Pekerjaan yang dilakukan tanpa kerelaan diri sendiri  akan terasalah beratnya.


18. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu

Maksud : Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.


19.Hati batu

Maksud :Bersifat degil,mempunyai keazaman(cita-cita) yang kuat,tidak berperikemanusiaan


20.Seperti kaca terhempas ke batu

Maksud :Hati yang hancur kerana dukacita.


21.Hati ayam

Maksud :Pengecut atau penakut.

Jumaat, Disember 29, 2023

Maksud peribahasa alah bisa tegal biasa

Peribahasa ini bermaksud sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan tetapi dipraktikkan berulang kali sehingga terasa mudah.

Perkara yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.

Segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa(mengalami,melakukan dan sebagainya sesuatu)


Dalam kehidupan ini, kita kerap dihadapi dengan pelbagai cabaran dan kesulitan. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mudah putus asa kerana seperti peribahasa yang berbunyi "Alah bisa tegal biasa."

Peribahasa ini bermaksud setiap perkara atau perbuatan yang pada permulaannya kelihatan sukar atau mustahil akhirnya dapat diatasi dengan usaha dan ketekunan.

 

Sebagai contoh, apabila saya memutuskan untuk mengejar ijazah sarjana, ramai rakan sejawat memberitahu bahawa perjalanan itu akan sukar dan dipenuhi dengan ujian tetapi dengan semangat tidak mudah menyerah kalah, saya memulakan langkah pertama dalam menempuh pendidikan tinggi.

Walaupun pada awalnya terasa berat dengan masa, usaha dan tekad yang kukuh saya berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah sarjana.

Dalam dunia pekerjaan, terkadang tugas yang dihadapi juga kelihatan rumit dan membingungkan. Namun, dengan pendekatan yang betul dan sikap positif, saya belajar bahawa apa sahaja boleh diatasi.

Kerap kali, penyelesaian untuk masalah kompleks boleh ditemui dengan cara yang lebih mudah jika kita bersedia berfikir kreatif dan tidak menyerah begitu sahaja.

 

Keperluan peribahasa "Alah bisa tegal biasa" juga dapat dilihat dalam membina hubungan interpersonal. Apabila kita berhadapan dengan konflik atau kesulitan dalam berkomunikasi, janganlah terus menyerah.

Dengan pendekatan yang bijak ,sabar dan niat baik banyak masalah hubungan boleh diselesaikan dengan cara yang positif dan menyokong.

 

Secara keseluruhannya, peribahasa "Alah bisa tegal biasa" menjadi sumber inspirasi bagi kita untuk tetap bersungguh-sungguh dan tidak mengaku kalah dengan kesulitan.

Setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang dan belajar. Dengan semangat tak menyerah, kita boleh mengubah apa yang kelihatan sukar menjadi sesuatu yang biasa dan dapat diatasi.


Selasa, Disember 26, 2023

Maksud peribahasa berkaitan sirih, ikan dan belut.

Sirih

1.Sirih pulang ke gagangnya.

Kembali ke tempat asalnya.

 

2.Sirih naik, junjungan naik.

Mendapat untung dan bahagia silih berganti.

 

3.Sirih naik,junjungan patah.

Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.

 

4.Sirih berlipat datang sendiri.

Mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha; beroleh keuntungan dengan mudah.

 

5.Ayam berinduk,sirih berjunjung.

Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

 

6.Seikat bagai sirih,serumpun bagai serai.

Seia-sekata ,sepakat,muafakat.

 

Ikan

1.Ikan pulang ke lubuk.

Kembali ke tempat asalnya.

 

2.Ikan di hulu tuba di hilir.

Perbuatan yang sia-sia.

 

3.Ikan tergantung,kucing tunggu.

Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.

 

4.Ikan digulai sudah melompat.

Nasib yang malang.

 

5.Melukah ikan dalam panai.

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

 

6.Seperti ikan kena tuba.

Sudah tidak berdaya lagi.

 

7.Seperti ikan dalam belat

Berasak-asak di tempat yang sempit.

 

8.Ular bukan,ikan pun bukan.

Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya.

 

9.Terkilat ikan dalam air,(aku) sudah tahu jantan betina

Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang.

 

10.Tuba habis, ikan tak dapat.

Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah

  

Belut

 

1.Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud kembali ke tempat asalnya.

 

2.Belut kena ranjau.

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.

 

3.Bagai belut diregang.

Tinggi dan kurus.

 

4.Menyukat belut.

Pekerjaan yang tak mungkin berhasil.

 

5.Sekerat ular,sekerat belut.

Tidak tentu pihak mana yang diikuti (Orang yang munafik)

 

6.Bagai si kudung pergi berbelut.

Pekerjaan yang sia-sia.

 

7.Belut jatuh ke lumpur.

Senang sekali.

Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa sahabat karib?

Peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud tertentu.


Contoh peribahasa berkaitan sahabat karib.

1.Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

2.Seperti keroncor dengan belangkas.

3.Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.

4.Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.

5.Laba sama dibagi,rugi sama diterjuni.

6.Menyelodok sama bongkok,melompat sama patah.

7.Berkuah sama menghirup,bersambal sama mencolek.

8.Terapung sama hanyut,terendam sama basah.

9.Seperti gerup dengan sisir.

10.Bagai isi dengan kuku.

11.Bagai lesung dengan antan.

12.Bagai aur dengan tebing.

13.Bagai empedu lekat di hati.

14.Bagai inai dengan kuku.

15.Bagai kuku dengan daging.


bermaksud

Perhubungan yang sangat karib,tidak dapat diceraikan.

Ahad, Januari 13, 2019

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Maksud :

Kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.

Contoh ayat :

Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 


Sumber : Khidmat Nasihat DBP

Harapkan pagar, pagar makan padi

Maksud :

Seseorang yang kita terlalu percaya dan boleh  diharapkan telah mengkhianati kita

Seorang pengawal keselamatan telah ditangkap kerana pecah masuk ke dalam gudang yang berada di bawah kawalannya itu ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.


DBP masih mengekalkan perkataan pagar , bukan pegar seperti yang  ditular.

Sumber rujukan ; Khidmat nasihat DBP 


Selasa, Februari 14, 2012

Peribahasa

Ikut jejak : Meniru perbuatan orang yang dahulu

Atas angin :Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain



Hati waja : Hati atau memiliki semangat yang keras

Ahad, April 03, 2011

Bulan Jatuh Ke Riba

Maksud bulan jatuh ke riba ialah mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka.

Bagai melepaskan batok di tangga

Sering terjadi kekeliruan antara penggunaan batuk dan batok dalam peribahasa bagai melepaskan batok di tangga.Perkataan yang tepat  ialah batok yang bermaksud sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung.


 
Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki.

Maksud peribahasa bagai melepaskan batok di tangga :
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

Sabtu, Februari 26, 2011

Ibu Ayam

Maksud :
perempuan yang memperdagangkan pelacur.

Malu-malu kucing

Maksud :
Berpura-pura malu.
Contoh :
sewaktu ber­hadapan dengan orang yang dihormati dll.