1.Terang hati
Maksud : Lekas pandai.
2.Rendah hati
Maksud : Tidak sombong
3.Murah hati
Maksud : Pemurah.
4.Ada hati
Maksud : Ada keinginan yang
melebihi kesanggupan.
5.Baik hati
Maksud : Bersikap baik dan
penyayang (suka menolong).
9.Buah hati
Maksud :Orang yang dikasihi,kekasih
10.Besar hati
Maksud:Bangga,gembira
11.Makan hati.
Maksud:Terlalu sangat berdukacita dan menderita
12.Berat hati
Maksud
:Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.
13.Anak sungai lagi berubah, inikan pula
hati orang
Maksud
:Pendirian yang tidak tetap.
14.Bagai empedu lekat di hati
Sangat
rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan
suami isteri dan kekasih.
15.Belah dada lihatlah hati
Maksud:Berkata
benar.
16.Beraja di hati, bersultan di mata
Maksud
:Menuruti kehendak hati sendiri.
17.Berat hati beratlah tulang
Maksud
:Pekerjaan yang dilakukan tanpa kerelaan diri sendiri akan terasalah beratnya.
18. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu
Maksud : Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.
19.Hati batu
Maksud :Bersifat degil,mempunyai keazaman(cita-cita) yang kuat,tidak berperikemanusiaan
20.Seperti kaca terhempas ke batu
Maksud :Hati yang hancur kerana dukacita.
21.Hati ayam
Maksud :Pengecut atau penakut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan