Memaparkan catatan dengan label Simpulan Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Simpulan Bahasa. Papar semua catatan

Khamis, Julai 18, 2024

Surat layang

Surat yang tidak diketahui penulisnya.(biasanya surat yang mengecam,menyebarkan berita buruk atau palsu dan lain-lain.


Contoh ayat :

Pengedaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politik.


Surat layang adalah suatu tulisan atau kenyataan yang mengandungi perkara-perkara berunsur fitnah. Surat layang boleh membawa bahaya dan keburukan, antaranya:

 

1.Merosakkan Reputasi dan Kredibiliti

Surat layang yang mengandungi maklumat palsu atau fitnah boleh merosakkan reputasi dan kredibiliti individu atau organisasi yang menjadi sasaran. Ini boleh membawa kepada kesan negatif yang berpanjangan.

 

2.Menimbulkan Konflik dan Perbalahan

Kandungan surat layang yang menghasut atau memprovokasi boleh menimbulkan konflik, perbalahan dan ketegangan di kalangan pihak yang terlibat.

 

3.Tindakan Undang-undang

Penyebaran surat layang yang mengandungi fitnah atau maklumat palsu boleh mendedahkan penulis atau penyebar kepada tindakan undang-undang seperti dakwaan fitnah.

 

4.Gangguan Emosi dan Psikologi

Individu yang menjadi sasaran surat layang boleh mengalami gangguan emosi dan psikologi seperti tekanan, kebimbangan dan kemurungan akibat fitnah yang disebarkan.

 

5.Kesan Sosial yang Luas

Surat layang yang tersebar luas boleh memberi kesan sosial yang luas seperti mengganggu keharmonian masyarakat dan menimbulkan ketidakpercayaan antara pihak yang terlibat.

 

Oleh itu, surat layang perlu dielakkan kerana ia boleh membawa banyak keburukan dan bahaya. Sebaliknya, komunikasi yang jujur, bertanggungjawab dan beretika perlu digalakkan dalam masyarakat.

 

Khamis, Ogos 31, 2017

Mata-mata gelap

Image result for polis

Polis yang mencari rahsia

Mata Kayu

1. Tanda bekas dahan yang telah dipotong pada kayu.
2.Tidak tahu membaca atau menulis

Mata Air

A. Mata air membawa dua maksud :

1. Mata air
    Tempat air memancut dari tanah.

2. Orang yang dikasihi; kekasih


B. Mata duitan

 1.Orang yang mementingkan wang sahaja
 2.Orang yang tamak akan wang


C. Mata hati

 1.Perasaan hati


D. Mata ikan

 1. Sejenis kudis yang bernanah pada kaki dan sebagainya.






Ahad, Januari 23, 2011

Simpulan Bahasa

Hentam Kromo

memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar); menghentam 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yang perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, mem­bidas, mengecam


Serkap jarang

tuduhan yang dibuat secara agak-agak saja.