Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan

Selasa, Februari 28, 2012

Ia

ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.


Sumber : Khidmat nasihat DBP

Selasa, Februari 21, 2012

Rabu, Februari 15, 2012

Makalah


Rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dlm majalah, surat khabar, dan lain-lain.


Pemakalah ialah orang yang menulis (menyedia­kan, membentangkan dan sebagainya) makalah.

Sabtu, Mei 07, 2011

Hukum D M

Kegunaan : Memastikan frasa nama digunakan dengan betul.

D - diterangkan - 'benda'  -( ikan)
M - menerangkan - perihal 'benda' tersebut - (besar)

Kesimpulannya untuk menyebut frasa nama kita mestilah menyebut nama benda dahulu , kemudian barulah diikuti dengan menerangkan sifatnya.

Contoh :
1. Ikan  besar bukannya besar ikan

Perkataan ikan merupakan Kata Nama -benda , kemudian diikuti dengan keterangan (menerangkan) sifatnya.


2. Pisang goreng bukannya goreng pisang

3. Hal-hal lain bukannya lain-lain hal


Terdapat juga frasa nama yang terkecuali daripada hukum D-M kerana penggunaannya telah digunakan secara meluas.

Contoh :

1. Perdana Menteri.
2. Timbalan Menteri.
3. Ibu pejabat
4. Pembantu penyelidik


Selasa, April 26, 2011

Kata Majmuk

Perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.

Contoh :

Bumi + putera  = bumiputera (Anak tulen dari sesebuah negara atau peribumi)

Sabtu, April 16, 2011

Jurugegas

Tahukah anda istilah jurugegas terdapat dalam Bahasa Melayu.

Maksud :

Orang yang mahir memasang atau melaraskan bahagian-bahagian  mesin


Isnin, April 04, 2011

Siar raya

Wujudkah perkataan siar raya ? Malahan perkataan tersebut sering dieja siaraya.Sebenarnya ejaan yang betul ialah siar raya.Merujuk kepada Kamus Dewan, siar raya merujuk kepada alat untuk membuat pengumuman, atau pembesar suara dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya.


Jumaat, April 01, 2011

Perbezaan Agong dan Agung

Ramai kalangan penutur Bahasa Malaysia keliru dengan penggunaan Agong dan Agung.

Sebenarnya perkataan Agong digunakan khusus untuk DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

Selain itu dieja agung seperti Mesyuarat Agung.(bermaksud perundingan besar oleh sesuatu badan, persatuan, dll)

Definisi yang paling tepat bagi perkataan agung ialah :

i. (paling) besar, terutama - balai agung, layar agung
ii. yang tertinggi - pemerintah agung
iii. teristimewa, terkemuka, terutama - pemimpin yang agung, seniman agung
iv. yang terbuka dan untuk dihadiri oleh semua ahli.


Sumber Rujukan : Khidmat Nasihat Kamus DBP Online.

Isnin, Mac 07, 2011

Mencolok Mata

Ungkapan yang betul ialah mencolok mata

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285).

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata.Sebenarnya tiada istilah menjolok mata. Menjolok bermaksud :

1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll.

2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll).

Sumber Rujukan : Kamus DBP Online.

Jumaat, Mac 04, 2011

Para Hadirin

Betulkah ayat para hadirin bertepuk tangan ?


Ayat para hadirin bertepuk tangan boleh ditulis sebagai hadirin bertepuk tangan.

Rujukan : Tatabahasa Dewan Edisi Tiga.

Lagi Awalan mempeR

Awalan mempeR digabungkan dengan  kata dasar daripada golongan kata nama , membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan .





budak - memperbudak (memperlakukan seseorang seperti budak-budak)






hamba - memperhamba (memperlakukan seperti hamba)

Awalan Memper

Ingat :

Jika kata dasar berupa kata adjektif , mempeR tidak diikuti 
akhiran -kan.Contohnya :


Salah : Ali mempercepatkan langkahnya kerana hari sudah malam.


Betul : Ali mempercepat langkahnya kerana hari sudah malam.



Kata kerja yang dibina daripada imbuhan awalan "mempeR" membawa maksud-maksud tertentu seperti :

Maksud
Kata kerja
Contoh Ayat
Menjadikan lebih
memperindah
Salmi memperindah rumahnya pada Hari Raya Aidilfitri
Menjadikan seperti
memperlembu
Majikan itu memperlembu buruh-buruh itu
Membahagikan apabila kata dasarnya kata bilangan
mempertiga
Ahmad mempertiga buah manggis itu dengan Ali dan Abu

Sabtu, Februari 19, 2011

Kata Sendi Nama

Daripada

Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia , haiwan ,benda dan unsur mujarad ,sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

Contoh : 

Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

Perbezaan menasihati dan menasihatkan

Menasihati mestilah diikuti dengan orang.

Contoh :
Ibu menasihati Ali......

Menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu.

Contoh :
menasihatkan berbuat kebaikan......

Ianya

Bolehkah kita menggunakan perkataan ianya ?

Ingat :

ia - kata ganti nama diri ketiga.
nya - kata ganti nama diri ketiga.


Di awal atau pertengahan ayat hanya kata ia sahaja yang betul dan boleh digunakan kerana ia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga , manakala kata ianya salah tidak boleh digunakan langsung kerana nya juga ialah kata ganti nama diri orang  ketiga.Sekiranya ia + nya disekalikan , maka akan terjadi unsur lewah

Jumaat, Februari 11, 2011

Urusetia atau urus setia
















Ramai yang keliru dengan ejaan urus setia. Ejaan yang betul ialah urus setia , dieja  dua perkataan.