Selasa, Januari 10, 2023

Peruntukan atau peruntukkan

Ejaan yang betul ialah peruntukan.

1.Sesuatu yg telah diuntukkan. Bahagian atau jumlah (wang dan lain-lain) yang ditetapkan (ditentukan) untuk: 

Contoh ayat :

Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan untuk membina rumah-rumah pemulihan akhlak.

2.Syarat atau ketentuan (dalam undang-undang dan lain-lain)

Contoh ayat :

Peruntukan undang-undang untuk membataskan poligami. 

Rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat

Selasa, Januari 03, 2023

12 tengahari atau 12 tengah hari ?

Ejaan yang betul ialah 12.00 tengah hari ( perkataan tengah hari dieja terpisah)

Bilakah bermula waktu tengah hari ?

Waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00  hingga 1.59 tengah hari.

Bilakah bermula waktu petang ?

Waktu petang bermula pada pukul 2.00  hingga 6.59 petang.

Rabu, Disember 14, 2022

Kata Majmuk

 

Perkataan yang penggunaannya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan boleh dirujuk dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (m.s 134 dan 135)

Perkataan yang disenaraikan adalah seperti yang berikut:


1. antarabangsa
2. bumiputera
3. 
jawatankuasa
4. kakitangan
5. kerjasama
6. matahari
7. olahraga
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhanjaya
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara