Perkataan mata pelajaran dan sama ada ialah kata majmuk.
Perkataan ini dieja secara terpisah.
Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran
Jom Belajar Bahasa Melayu percuma ,BM senang dan mudah dipelajari, dapatkan tip dan tahu tatabahasa belajar BM asas sekolah rendah dan menengah
Perkataan mata pelajaran dan sama ada ialah kata majmuk.
Perkataan ini dieja secara terpisah.
Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya
mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Kata tanya hadir dalam
ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Kata tanya digunakan dalam ayat tanya.
Contoh ayat:
Siapakah nama dia ?
Di mana dia tinggal ?
Kata tanya boleh hadir di depan ayat dan di belakang ayat.
Sekiranya diletakkan di depan ayat, kata tanya perlu disertai partikel -kah.
Contoh ayat:
Berapakah harga barang itu ?
Harga barang itu berapa ?
Bilakah mereka sampai?
Mereka sampai bila?
Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata.
Kata tanya siapa tidak boleh digunakan untuk binatang.
Kata bantu
1.Kata bantu
aspek
Kata bantu aspek menimbulkan
suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan.
(telah,sudah,baru,pernah,sedang
masih,akan,mula dan belum)
Contoh ayat :
Pekerja itu
telah pulang
2.Kata bantu
ragam
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang
menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang
dilakukan.
(hendak,mahu,harus,mesti,boleh,dapat,enggan,patut
dan mungkin)
Contoh ayat :
Ramai anak
muda kini mahu bekerja sendiri.