Sabtu, Oktober 27, 2018

Faedah Mengikuti Kelas Tambahan


Ramai murid mengikuti kelas tambahan. Kelas ini diadakan  selepas waktu pembelajaran formal di sekolah. Ada kelas tambahan yang disediakan secara percuma. Ada kelas tambahan berbayar yang dianjur oleh pihak swasta. namun matlamat  kelas ini adalah untuk persediaan menghadapi peperiksaan UPSR , PT3 , SPM dan STPM


Dengan mengikuti kelas tambahan, seorang murid dapat menambahkan pemahaman sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ada ketika subjek di ajar guru tidak sempat di habiskan semasa pembelajaran formal disebabkan kekangan masa dan faktor lain.Oleh itu pelajaran yang tertinggal tadi di ajar melalui kelas tambahan. 

Selain itu murid yang mengikuti kelas tambahan dapat meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kelas tambahan agak berbeza dari pada kelas formal. Biasanya kelas tambahan akan berfokus kepada peperiksaan. Di sini semua murid menjawab soalan secara lebih mendalam dan latih tubi soalan peperiksaan. Tambahan pula guru akan cuba mengajar teknik menjawab dengan betul  bagi soalan yang berkaitan subjek diajar.

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah semasa mengikuti kelas tambahan. Kita  tidak akan membuang masa dengan menonton televisyen terlalu kerap, bermain permainan video dan bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook' sehingga mengabaikan pelajaran.

Banyak sekolah yang menganjurkan kelas tambahan percuma kepada murid-muridnya. Dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan syarikat korporat sanggup menaja kelas tambahan percuma kepada murid. Oleh itu ibu bapa dapat  menjimatkan kos perbelanjaan daripada menghantar anak-anak ke pusat tuisyen berbayar.Justeru secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa murid.


Oleh itu kelas tambahan banyak kebaikannya. Semua murid perlu manfaatkan sebaik mungkin. Sementara ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan demi  kejayaan murid itu sendiri.


9 ulasan:

  1. Wow! Bagus la karangan cikgu..senang untuk difahami dan lebih senang untuk mengulang kaji..kekadang ade perkataan yang kita tak tahu cara nak memahami atau menulis dengan betul

    BalasPadam
  2. bagus karangan ni.Senang saya mengulangkaji membuat karangan

    BalasPadam
  3. / ¦ \

    / ¦ \

    / ¦ \

    / ¦ \
    ——————————————————————————————————————

    BalasPadam
  4. Best betul karangan ni! Seronok sangat apabila baca!

    BalasPadam
  5. #BEST!!!#saya suka karangan nie sbb menyelamatkan markah peperiksaan akhir thun saya...hehehehe.thanks sebab bnyk beri tunjuk ajar utk kami

    BalasPadam
  6. 'Karangan yang baik senang untuk difahami' gituu

    BalasPadam