Ramai murid mengikuti kelas tambahan. Kelas ini diadakan
selepas waktu pembelajaran formal di sekolah. Ada kelas tambahan yang
disediakan secara percuma. Ada kelas tambahan berbayar yang dianjur oleh pihak
swasta. namun matlamat kelas ini adalah untuk persediaan menghadapi
peperiksaan UPSR , PT3 , SPM dan STPM
Dengan mengikuti kelas tambahan, seorang murid dapat menambahkan
pemahaman sesuatu subjek dengan lebih mendalam. Ada ketika subjek di ajar guru
tidak sempat di habiskan semasa pembelajaran formal disebabkan kekangan masa
dan faktor lain.Oleh itu pelajaran yang tertinggal tadi di ajar melalui kelas
tambahan.
Selain itu murid yang mengikuti kelas tambahan dapat
meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kelas tambahan agak
berbeza dari pada kelas formal. Biasanya kelas tambahan akan berfokus kepada
peperiksaan. Di sini semua murid menjawab soalan secara lebih mendalam dan
latih tubi soalan peperiksaan. Tambahan pula guru akan cuba mengajar teknik
menjawab dengan betul bagi soalan yang berkaitan subjek diajar.
Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah semasa mengikuti kelas tambahan. Kita tidak akan membuang masa
dengan menonton televisyen terlalu kerap, bermain permainan video dan
bersembang dalam talian seperti 'Whatsapp' dan 'Facebook' sehingga mengabaikan
pelajaran.
Banyak sekolah yang menganjurkan kelas tambahan percuma kepada
murid-muridnya. Dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan syarikat korporat
sanggup menaja kelas tambahan percuma kepada murid. Oleh itu ibu bapa
dapat menjimatkan kos perbelanjaan daripada menghantar anak-anak ke pusat
tuisyen berbayar.Justeru secara tidak langsung dapat membantu meringankan
bebanan kewangan ibu bapa murid.
Oleh itu kelas tambahan banyak kebaikannya. Semua murid perlu
manfaatkan sebaik mungkin. Sementara ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak
mereka mengikuti kelas tambahan demi kejayaan murid itu sendiri.
Wow! Bagus la karangan cikgu..senang untuk difahami dan lebih senang untuk mengulang kaji..kekadang ade perkataan yang kita tak tahu cara nak memahami atau menulis dengan betul
BalasPadamx
Padambagus karangan ni.Senang saya mengulangkaji membuat karangan
BalasPadam/ ¦ \
BalasPadam/ ¦ \
/ ¦ \
/ ¦ \
——————————————————————————————————————
Best betul karangan ni! Seronok sangat apabila baca!
BalasPadamHalalkan ilmu ye cikgu
BalasPadam#BEST!!!#saya suka karangan nie sbb menyelamatkan markah peperiksaan akhir thun saya...hehehehe.thanks sebab bnyk beri tunjuk ajar utk kami
BalasPadam'Karangan yang baik senang untuk difahami' gituu
BalasPadamThanks cikgu
BalasPadam