Memaparkan catatan dengan label Karangan Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Fakta. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 11, 2011

Cara-Cara Menjaga Kebersihan dan keceriaan Sekolah

Pendahuluan : Sekolah -tempat menimba ilmu - kebersihan dan keindahan sekolah mesti dijaga.-terdapat pelbagai cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Idea 1 - Mengadakan gotong-royong -membersihkan kawasan sekolah- guru dan PIBG - muafakat mengadakan aktiviti gotong-royong - hari minggu.

Idea 2 - Mengecat semula bangunan - menjadi cantik - menimbulkan rasa sayang murid -terhadap sekolah kerana suasana yang ceria - murid lebih bersemangat untuk belajar.

Idea 3 -Mewujudkan taman bunga mini - kolam ikan - menghidupkan suasana sekolah yang ceria- menjadi tempat murid merehatkan minda - pada masa senggang.

Idea 4 - Mengadakan kempen kebersihan peringkat sekolah - beri ganjaran kepada kelas terbersih-mewujudkan pertandingan kebersihan antara setiap kelas- murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan mencantikkan kelas masing-masing.

Penutup- Sekolah ceria -bersih idaman semua murid dan guru -sekolah bersih - menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu.






 

Khamis, Mac 31, 2011

Kepentingan Bersukan




Rangka karangan :

Pendahuluan - Sukan penting kepada masyarakat - negara- sukan- bermanfaat- semua.

Idea 1 - bersukan - otak cerdas -cepat berfikir - mudah menerima pelajaran

Idea 2 - badan sihat - mengeluarkan peluh - mengelakkan penyakit-jantung

Idea 3 - mengisi masa lapang - melakukan aktiviti berfaedah- menghindari perbuatan negatif - berjoging

Idea 4 - mengasah bakat- mewakili sekolah - mengharumkan nama sekolah negeri  dan negara 

Penutup - sukan penting -kesihatan -amalkan gaya hidup sihat.

Khamis, Jun 10, 2010

Kegunaan Pokok kelapa Sawit

Buah 
  • menghasilkan minyak masak
  • menghasilkan makanan
  • menghasilkan bahan hiasan
  • membuat sabun
Tandan
  • makanan haiwan
  • bahan api
  • baja
Batang
  • dibuat perabot
  • dijadikan papan
  • baja
Pelepah
  • bahan api
  • baja

Daun 
  •  Lidinya dibuat penyapu
  •  dijadikan baja

Karangan kegunaan pokok kelapa sawit


 Pokok kelapa sawit banyak ditanam di negara kita. Malahan Malaysia ialah pengeksport utama minyak kelapa sawit dunia. Kelapa sawit banyak kegunaannya kepada manusia dan industri.

 Buah kelapa sawit yang diproses di kilang akan menghasilkan minyak masak untuk kegunaan isi rumah. Buah kelapa sawit juga digunakan untuk menghasilkan produk makanan seperti marjerin, ais krim dan lemak masakan. Tempurung kelapa sawit boleh dijadikan bunga hiasan dan sebagainya. Sabun juga diproses daripada ekstrak buah sawit.

 Di samping itu tandan kelapa sawit sangat berguna bagi penternak lembu. Ia diproses untuk menghasilkan  makanan haiwan. Tandannya yang telah kering juga dijadikan perekat bahan api serta baja organik.

 Batang kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan perabot serta papan lapis yang berkualiti. Banyak industri perabot bergantung sepenuhnya kepada bekalan batang kelapa sawit yang telah diproses. Bahkan baja yang dihasilkan daripada batang sawit juga sangat berkualiti.

 Selain itu pelepah kelapa sawit juga boleh dijadikan sebagai bahan api. Banyak industri kecil menggunakan pelepah sawit sebagai sumber bahan api mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Daun yang diproses menghasilkan lidi kelapa sawit boleh dibuat penyapu yang tahan lasak.

 Oleh itu kelapa sawit sangat banyak kegunaannya. Sebagai rakyat Malaysia kita sangat bangga kerana negara kita merupakan pembekal utama minyak sawit dunia. 



Ahad, Mei 23, 2010

Perbualan Tentang Pengalaman Bercuti

Format - Perbualan biasa

Pendahuluan :

Beri salam - tanya khabar - tanya kawan sama ada pernah bercuti 

Idea 1

Ceritakan tentang percutian-nama tempat bercuti-berapa hari-tempat menginap

Idea 2

Hari pertama-aktiviti yangdilakukan-melawat tempat bersejarah-pengetahuan yang diperoleh

Idea 3

Bersiar-siar di sekitar tempat tersebut - menjamu selera - nama tempat -bagaimana rasa makanan

Idea 4

Hari kedua- membeli belah - nama tempat  -barangan yang dibeli - untuk siapa

Penutup


Pulang ke rumah - perasaan - seronok - ajak rakan bercuti bersama-sama.





Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri


Pendahuluan :
Semua orang perlu menjaga kesihatan diri- terdapat pelbagai cara menjaga kesihatan diri.

Idea 1

Makan makanan  berzat dan berkhasiat-kurangkan makanan segera-banyakkan sayur-sayuran-kekacang dan sebagainya.

Idea 2
Menjaga kebersihan tubuh - mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari- memakai pakaian yang bersih.

Idea 3
Berjumpa doktor dua kali setahun-buat pemeriksaan kesihatan- ketahui penyakit-buat rawatan segera.

Penutup
Kebersihan amat dituntut agama-hidup sihat-bebas penyakit


Sabtu, Mei 08, 2010

Langkah Mengatasi Kemalangan Jalan raya

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Namun begitu kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Nyatakan cadangan-cadangan anda , langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
 
Pendahuluan :  Kemalangan jalan raya selalu saja berlaku. Dalam setiap kemalangan ada saja tercedera dan ada juga melibatkan kematian. Kemalangan sebenarnya boleh dielakkan dengan berbagai cara.

Isi-isi penting

a. Pemandu hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu - memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan. 

b. Pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu - lampu , brek berfungsi dengan baik. 

c. Kenakan hukuman berat kepada pemandu yang memandu dalam keadaan merbahaya - melanggar undang-undang - denda dan penjara. 

d. adakan kempen keselamatan jalan raya yang berterusan-peringkat tadika dan sekolah rendah


Penutup:

Kemalangan berlaku akibat sikap cuai pengguna jalan raya.

Cemerlang Dalam Pelajaran


Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan  
setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi
bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor

i.  tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
ii.  menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
iii.  rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
iv.  sediakan buku-buku rujukan secukupnya
v.  ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
vi.  banyakkan latihan tambahan
vii.  tidak ponteng kelas / sekolah
viii.  tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
ix.  banyak membaca bahan-bahan tambahan
x.  sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu
mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran

Membaca Amalan Mulia

Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid sekolah.
 
Pendahuluan :  Membaca secara berterusan - memperoleh ilmu pengetahuan.

isi 

1. Mengadakan kempen membaca - peringkat sekolah , negeri dan kebangsaan -   
adakan pertandingan bahan yang bermutu tinggi disediakan serta menarik.
2. Galakan daripada ibu bapa - kemudahan tempat membaca dan bahan. 
3. Menyediakan ganjaran atau hadiah berbentuk buku kepada murid.
4. Mengiktiraf murid yang banyak membaca - anugerah Tokoh NILAM - Pingat emas

Penutup
membaca jambatan ilmu.

Makanlah Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan memang berkhasiat dan lazat untuk dimakan. Nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai memakan buah-buahan tempatan.
 
Pendahuluan :  Jenis buah-buahan tempatan ada dua jenis - jenis bermusim
- tidak  bermusim - contoh buah bermusim - contoh buah tidak bermusim


isi 

1. kempen memakan buah-buahan oleh kerajaan adakan promosi jualan murah
2. peranan media massa - sebarkan tentang kelebihan memakan buah tempatan
3. kurangkan import buah-buahan dari luar

4. Kerajaan menyediakan insentif kepada pemilik ladang buah-buahan tempatan.

Penutup

tegaskan peranan dan kelebihan buah-buahan tempatan - kepada kesihatan

Kebaikan Ikan Air Tawar


Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.


 Pendahuluan

i.  Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya
ii.  ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam
iii.  contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain

 Isi-isi penting

cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :
i.  kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa
ii.  cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya
iii.  harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya
iv.  galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi
v.  gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan
vi.  pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan air tawar kepada orang ramai.

Penutup
Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.
 

Langkah Mengatasi Masalah Disiplin


Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.


Pendahuluan 
Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Isi-isi 

Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid 

i.  memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii.  ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii.  pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv.  pihak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v.  pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.

Penutup 

masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Menjadi Murid Cemerlang


Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang
berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan
setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi
bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor

i.  tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
ii.  menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
iii.  rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
iv.  sediakan buku-buku rujukan secukupnya
v.  ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
vi.  banyakkan latihan tambahan
vii.  tidak ponteng kelas / sekolah
viii.  tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
ix.  banyak membaca bahan-bahan tambahan
x.  sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu
mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran