Khamis, Jun 10, 2010

Kegunaan Pokok kelapa Sawit

Buah 
  • menghasilkan minyak masak
  • menghasilkan makanan
  • menghasilkan bahan hiasan
  • membuat sabun
Tandan
  • makanan haiwan
  • bahan api
  • baja
Batang
  • dibuat perabot
  • dijadikan papan
  • baja
Pelepah
  • bahan api
  • baja

Daun 
  •  Lidinya dibuat penyapu
  •  dijadikan baja

Karangan kegunaan pokok kelapa sawit


 Pokok kelapa sawit banyak ditanam di negara kita. Malahan Malaysia ialah pengeksport utama minyak kelapa sawit dunia. Kelapa sawit banyak kegunaannya kepada manusia dan industri.

 Buah kelapa sawit yang diproses di kilang akan menghasilkan minyak masak untuk kegunaan isi rumah. Buah kelapa sawit juga digunakan untuk menghasilkan produk makanan seperti marjerin, ais krim dan lemak masakan. Tempurung kelapa sawit boleh dijadikan bunga hiasan dan sebagainya. Sabun juga diproses daripada ekstrak buah sawit.

 Di samping itu tandan kelapa sawit sangat berguna bagi penternak lembu. Ia diproses untuk menghasilkan  makanan haiwan. Tandannya yang telah kering juga dijadikan perekat bahan api serta baja organik.

 Batang kelapa sawit pula diproses untuk dijadikan perabot serta papan lapis yang berkualiti. Banyak industri perabot bergantung sepenuhnya kepada bekalan batang kelapa sawit yang telah diproses. Bahkan baja yang dihasilkan daripada batang sawit juga sangat berkualiti.

 Selain itu pelepah kelapa sawit juga boleh dijadikan sebagai bahan api. Banyak industri kecil menggunakan pelepah sawit sebagai sumber bahan api mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Daun yang diproses menghasilkan lidi kelapa sawit boleh dibuat penyapu yang tahan lasak.

 Oleh itu kelapa sawit sangat banyak kegunaannya. Sebagai rakyat Malaysia kita sangat bangga kerana negara kita merupakan pembekal utama minyak sawit dunia. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan