Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 17, 2020

Juruwang atau kashier





Tidak ada istilah kashier dalam Bahasa Malaysia.

Ejaan yang betul ialah juruwang

orang yang menerima atau membayarkan wang (di bank, di pusat membeli-belah dan lain-lain)

Sumber : khidmat nasihat DBP

Pra-bayar atau prabayar

Ejaan yang betul ialah prabayar

Pisang Goreng atau Goreng Pisang

Ejaan yang betul ialah pisang goreng

Sabtu, Januari 04, 2020

Kata Pemeri

Kata Pemeri



1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama     dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :

-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.
 


Sumber :http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/

Jumaat, Mei 10, 2019

Maksud Hormat

1.Perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.

Contoh ayat :

Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi hormat kepadanya.



2.Menaruh atau memberi pengharga­an terhadap seseorang: 

Contoh ayat :

Wajib kita hormat kepada ibu dan bapa kita



3. sopan; santun; takzim

Contoh ayat :

Budak itu sangat takzim

Selasa, Mac 19, 2019

Penjodoh bilangan

baris:


Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya



batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


Sumber :http://noor-alladom4.blogspot.com

Penanda Wacana

Penanda wacana biasa digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,



ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,




iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..




iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh




v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,




vi)Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,




vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar




viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,



ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,



x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua





Ahad, Februari 24, 2019

Ejaan kokurikulum atau ko-kurikulum

Ejaan yang betul ialah kokurikulum.

Contoh ayat :

Penglibatan murid  dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang.




Komisen atau komisyen

Ejaan yang betul ialah komisen.

Maksud komisen :

Wang upah yang dibayarkan kepada wakil atau ejen kerana menjual barang-barang; dalal

Tips atau tip

Sering berlaku kekeliruan, mana satukah ejaan yang betul .

Ejaan yang betul ialah tip 

 Maksud tip :
(sedikit) wang atau upah yang diberikan kepada seseorang.


Contoh ayat :

1.Ali memberikan tip kepada pelayan hotel itu kerana menghantar beg pakaian ke biliknya.


Padanan bahasa melayu bagi perkataan tip ialah  petua.

Contoh ayat :

1,Berikut beberapa tip untuk kekal sihat.

Insuran atau insurans

Ejaan yang betul ialah insurans.

Kata pinjaman Bahasa Inggeris

Sama erti dengan : jaminan, perlindungan, polisi, cagaran, sandaran

Maksud insurans : 

Perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu

Khamis, Februari 07, 2019

Mengenal pasti

Kaedah menulis yang betul ialah :


mengenal pasti  - BETUL ( dijarakkan antara perkataan)

mengenalpasti - SALAH

Sabtu, Februari 02, 2019

Maksud Tengik

1..Bau dan rasa yang tidak sedap seperti bau minyak  kelapa yang sudah lama disimpan.
2. Pering
3.Berbau busuk, terlalu jahat (Kelakuan dan sebagainya)
4.Sangat tajam (perkataan)
5.Sangat kejam (perbuatan)
6.Sangat zalim

Maksudnya boleh digunakan sekiranya bersesuaian.

Istilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik


Sumber : Kamus DBP edisi ke-4 , blog qcikgubm.blogspot.com, Khidmat Nasihat DBP

Maksud Minda

Akal fikiran , daya fikir, akal budi, akal fikiran, otak, kepala

Perkataan minda merupakan kata pinjaman  Bahasa Inggeris (Mind)

Minda kelas pertama merujuk kepada pemikiran dan sikap yang berkualiti dari segi ilmu,tindakan,disiplin dan wawasan.

Jumaat, Februari 01, 2019

Terngiang-ngiang

Perkataan terngiang-ngiang adalah kata terbitan. 

Maksud terngiang-ngiang ialah masih terdengar-dengar (sesuatu yang telah didengar sebelum ini)

Contoh ayat :

1.Wasiat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

2.Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata kesat rakan-rakanku menghina keluarga kami yang miskin. 

Selasa, November 20, 2018

Janji temu atau temu janji

Apakah perbezaan janji temu dan temu janji ?

Frasa yang tepat ialah janji temu. Janji untuk bertemu seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana untuk sesuatu urusan dan sebagainya. 


Sumber : khidmat nasihat DBP

Sabtu, Julai 14, 2018

Merbahaya

Image result for merbahaya

Perkataan yang betul ialah marabahaya,

bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya.

Sabtu, April 14, 2018

Mini estet atau estet mini

Perkataan yang betul :

Estet mini.

      -Hukum DM

Lain-lain hal atau hal-hal lain

Perkataan yang betul ialah hal-hal lain.

                                                -Hukum DM