Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tatabahasa. Papar semua catatan

Rabu, Januari 31, 2018

Sabtu, Januari 06, 2018

Agung atau Agong

Image result for mesyuarat agung


1.Mesyuarat Agung  - Betul

2.Mesyuarat Agong - Salah

3.Seniman Agung - Betul

4.Seniman Agong - Salah

5.Perhimpunan Agung - Betul

6.Perhimpunan Agong - Salah







Image result for ydpa malaysia 2017
Perkataan Agong atau huruf o digunakan untuk  Yang di-Pertuan Agong

Mempamer atau memamer

Image result for free photo pameran negaraku

Perkataan pamer ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia. Oleh itu apabila mendapat imbuhan meN, perkataan pamer   kekal menjadi pempamer. 


Sumber ; Khidmat nasihat DBP



Sabtu, November 11, 2017

Sehubungan dengan itu



Mana satukah perkataan yang paling tepat ?

sehubungan itu 

atau 

sehubungan dengan itu


Jawapan : Sehubungan dengan itu

Sabtu, Oktober 21, 2017

Perbezaan Menghadiahi dan Menghadiahkan

Image result for menghadiahi
Kata menghadiahi digunakan apabila merujuk perbuatan memberikan hadiah kepada seseorang;

contoh ayat 

A. Pengurus itu menghadiahi setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata, 

manakala kata menghadiahkan digunakan apabila merujuk memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:  



B.Mereka menghadiahkan sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu.

atau 

'Menghadiahi' digunakan untuk objek 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk benda yang tidak bernyawa. 


Sumber : Kamus DBP Online

Rabu, Jun 07, 2017

Partikel Pun

Partikel ‘pun’ (bermaksud juga) ditulis terpisah daripada kata sebelumnya.

§  Dia pun suka menonton rancangan itu.
§  Rombongan itu sudah pun berhenti makan sebelum tiba di sini.
§  Apa-apa pun, kita tunggu berita yang sahih”, kata pemberita itu.


Partikel ‘pun’ bersambung dengan kata sebelumnya bagi kata tugas.
§ andaipun
§ ataupun
§ kalaupun§ walaupun
§ biarpun
§ bagaimanapun§ sekalipun
§ meskipun
§ sungguhpun

RANGKAI KATA UMUM BERIMBUHAN

     Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan

§  diambil alih
§  kenal pastikan
§  diguna semula



Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan

§  pengambilalihan
§  pengenalpastian
§  pengemaskinian

Ahad, Mei 28, 2017

Darsawarsa

Image result for 10

Dekad (masa 10 tahun )

Sudah satu darsawarsa peristiwa itu berlalu

Rabu, Mac 15, 2017

Kesilapan Tatabahasa


Salah                                                          Betul

1.Selain daripada itu,                                   Selain itu,
2.Oleh kerana                                                Oleh sebab
3.Sementalahan                                            Sementelahan

Jumaat, Mac 10, 2017

Ejaan yang mengelirukan


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:

Calon peperiksaan dan orang ramai  masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa  dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:

1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan❌mengetengahkan ✔ 19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 21. mengkebelakangkan❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

Sabtu, Mac 04, 2017

Menemui dan menemukan

1.Menemukan bermaksud mendapat, iaitu menjumpai sesuatu yang dicari.

2.Menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat seseorang.

Contoh:

1. Polis kemudiannya telah menemukan kereta yang digunakan perompak itu.

2.Bapa  ingin menemui nenek yang baru pulang dari mengerjakan haji.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 untuk melihat perbezaan antara menemui dengan menemukan.

Sumber : Kamus DBP Online.

Khamis, Mac 02, 2017

Beza bersiaran dan disiarkan

Bermaksud mengendalikan siaran di radio atau televisyen.

Disiarkan bermaksud dihebahkan kepada orang ramai melalui radio, televisyen dan surat khabar.

Rabu, Mac 01, 2017

kalangan, pada kalangan dan di kalangan

Apakah perbezaan di antara kalangan,  pada kalangan  dan  di kalangan?

Frasa yang biasa digunakan ialah 'di kalangan' dan 'dalam kalangan' jarang terdapat penggunaan frasa 'pada kalangan'.

Frasa yang paling tepat ialah 'dalam kalangan' kerana sendi nama 'di' merujuk kepada masa dan tempat. 

Kata 'kalangan' bermaksud: lingkungan, golongan. Sekiranya 'di' dibubuh pada kata ini, 

contoh: di golongan, maka jelas kelihatan bahawa 'di' atau 'pada' tidak sesuai dipadankan di situ.

Perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi

Kata menghadiahi digunakan apabila merujuk perbuatan memberikan hadiah kepada seseorang; contoh ayat 

1.Pengurus itu menghadiahi setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata, 

manakala kata menghadiahkan digunakan apabila merujuk memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:  

2.Mereka menghadiahkan sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu.

atau 

'Menghadiahi' digunakan untuk objek 'yang bernyawa' dan menghadiahkan digunakan untuk objek yang tidak bernyawa.

Bagi ayat yang nombor satu, perkataan yang tepat  ialah ...'menghadiahi'.

Sumber : Kamus DBP Online


Jumaat, Januari 20, 2017

Kesilapan Ejaan Kata Majmuk

Sehingga Ogos 1972  semua kata majmuk di eja bercantum.SISTEM ejaan Rumi bahasa Melayu yang baharu dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972. Hal ini bermakna bahawa sudah 43 tahun sistem ini digunakan. Namun begitu, kita dapati banyak sekali kesalahan ejaan yang masih berlaku. Kemungkinan besar pengguna bahasa masih keliru, maka pengejaan perkataan tertentu kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah.

Hal ini dikesan pada surat rasmi, kertas cadangan, risalah, dan sebagainya, serta pada papan tanda di jalan raya dan di premis perniagaan.

Yang sering kita temukan ialah kesilapan ejaan kata majmuk. Antaranya ialah :tengahari, samada, aturcara, dan alatulis. 

Sehingga Ogos 1972, kesemuanya memang dieja secara bercantum, tetapi mengikut peraturan ejaan baharu, kata-kata majmuk tersebut hendaklah dieja secara terpisah, iaitu tengah hari, sama ada, atur cara, dan alat tulis.


Perkataan daripada bahasa Arab juga masih mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Kita selalu menemukan perkataan Ramadhan, wudhuk, redha, dan sebagainya. Mengikut sistem ejaan Rumi baharu, gabungan huruf “dh” tidak digunakan lagi, sebaliknya menggunakan “d” sahaja. Ejaan yang sepatutnya ialah Ramadan, wuduk, dan reda. Hal ini menimbulkan pertikaian kerana sebutan Arabnya sudah hilang dan dikhuatiri akan menimbulkan makna yang berbeza daripada istilah asal. Oleh itu, bunyi [dh] dibolehkan dalam penyebutan, tetapi [d] hendaklah diguna pakai dalam penulisan.


Sumber asal :Sinar Harian

Isnin, Mac 07, 2016

Memperoleh atau memperolehi

Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai,menemui,dan sebagainya atau usaha


Contoh ayat : 

1.Memperoleh rahmat daripada Allah.

2.Memperoleh kesenangan hidup


Ahad, Jun 15, 2014

Rabu, November 14, 2012