Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejaan. Papar semua catatan

Ahad, Februari 24, 2019

Insuran atau insurans

Ejaan yang betul ialah insurans.

Kata pinjaman Bahasa Inggeris

Sama erti dengan : jaminan, perlindungan, polisi, cagaran, sandaran

Maksud insurans : 

Perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu

Sabtu, Februari 23, 2019

Pra bayar atau prabayar

Ejaan yang betul ialah :

1.prabayar

2.pascabayar

3.Kolesterol

Ejaan Memastikan

Mana satukah perkataan yang betul ? 

memastikan atau mempastikan 

Kata terbitan yang betul ialah memastikan

apabila kata dasar bermula dengan huruf P - pasti menerima awalan meN- huruf P mengalami proses pengguguran dan digantikan dengan huruf m 


Sumber : Khidmat Nasihat DBP

Khamis, Februari 07, 2019

Mengenal pasti

Kaedah menulis yang betul ialah :


mengenal pasti  - BETUL ( dijarakkan antara perkataan)

mengenalpasti - SALAH

Ahad, Januari 13, 2019

Pembetung atau pembentung

Ejaan yang betul ialah pembetung

Maksud pembetung :

Saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api.

Isnin, Disember 24, 2018

Lagenda atau legenda

Ejaan yang betul ialah legenda.

Maksud legenda :

Cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.

Stokin atau Stoking

Ejaan yang betul ialah stoking

Maksud stoking:

Sejenis pakaian yang dibuat daripada benang sutera(kapas,bulu dan sebagainya) untuk membalut kaki.


Sumber : Kamus DBP Edisi keempat, Khidmat Nasihat DBP

Selasa, November 20, 2018

Ambulan atau ambulans




Ejaan yang betul ialah ambulans



Ambulans : kenderaan(van) untuk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital).

Televisyen

Ramai yang keliru dengan perkataan televisyen. Ada yang mengeja television. Ejaan yang betul ialah televisyen

Janji temu atau temu janji

Apakah perbezaan janji temu dan temu janji ?

Frasa yang tepat ialah janji temu. Janji untuk bertemu seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana untuk sesuatu urusan dan sebagainya. 


Sumber : khidmat nasihat DBP

Sabtu, Oktober 27, 2018

Tergaman atau tergamam

Ejaan yang betul ialah tergamam.

Maksud tergamam :

1. Gugup
2. Tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain.
3. Terpegun


Contoh ayat :

Dia tergamam sebentar apabila melihat seekor buaya yang besar itu.

Jumaat, Oktober 05, 2018

maksud perkarangan dan pekarangan

Perkarangan merujuk kepada batu karang manakala pekarangan ialah halaman rumah.

Perkarangan atau Pekarangan Rumah

Ramai yang keliru. Ejaan yang betul ialah pekarangan rumah.

Pekarangan bermaksud halaman rumah.


Sabtu, Julai 14, 2018

Merbahaya

Image result for merbahaya

Perkataan yang betul ialah marabahaya,

bermaksud bermacam-macam bencana atau bahaya.

Rabu, Januari 31, 2018

Atur cara atau aturcara

Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini  dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan yang betul ialah atur cara

Jumaat, Januari 12, 2018

Istirahat atau Istirehat

Image result for free image of rest

Ejaan yang tepat ialah istirahat. Bermaksud rehat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab.

Contoh ayat :

Waktu istirahat ialah pukul 1.00 tengah hari.

Sabtu, Januari 06, 2018

Sesi atau sessi

Image result for free image of sesi
Ejaan yang tepat ialah sesi, Perkataan sesi ialah kata serapan daripada bahasa Inggeris.

Perabot atau perabut


Ejaan yang tepat ialah perabot 
kerana 
kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.

Jumaat, Disember 01, 2017

Pensel atau pensil

Image result for pensel

ejaan yang betul ialah pensel

Contoh ayat :

1.Saya meraut pensel sehingga tajam.

2.Pensel saya terjatuh ke atas lantai

Taksub atau taasub


Image result for taasub


Maksud : 

terlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pada se­suatu; tegar hati; fanatik. 


mentaasubi,

taasub akan atau terhadap. 

ketaasuban keadaan atau sifat taasub. 

                                                                  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


ejaan yang betul ialah taasub

kerana

Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan

b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Sumber : Khidmat Nasihat DBP