Memaparkan catatan dengan label Karangan Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan Ucapan. Papar semua catatan

Ahad, Jun 09, 2024

Teks Ucapan Perasmian PIBG oleh Pengurus Korporat

Teks Ucapan Perasmian PIBG oleh Pengurus Korporat

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

 Yang Berhormat Tuan Pengerusi, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,

 Pertama sekali, marilah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul pada hari yang berbahagia ini untuk majlis perasmian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Saya berasa amat berbesar hati dan berterima kasih atas jemputan yang diberikan kepada saya untuk merasmikan majlis ini.

 Sebagai seorang yang berkecimpung dalam sektor korporat, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang relevan untuk masa depan pendidikan anak-anak kita, terutamanya mengenai ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh sektor korporat, perkembangan kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan teknologi dalam pendidikan.

Dalam dunia korporat yang semakin kompetitif ini, terdapat beberapa ciri penting yang amat diperlukan dalam kalangan pekerja. Antaranya adalah:

 1.Kemahiran Komunikasi

Keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas dan efektif adalah asas kepada kejayaan dalam sebarang bidang pekerjaan. Pekerja yang mampu menyampaikan idea dan maklumat dengan baik akan lebih mudah untuk bekerjasama dalam pasukan dan mencapai matlamat organisasi.

 2.Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Keupayaan untuk memimpin dan bekerjasama dalam pasukan adalah kritikal. Pekerja yang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dan boleh bekerjasama dengan rakan sekerja akan membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

 3.Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Kritis

Sektor korporat memerlukan individu yang mampu berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah dengan efektif. Ini termasuk kebolehan untuk menganalisis situasi, mengenalpasti masalah, dan mencadangkan penyelesaian yang inovatif.

 4.Kecekapan Digital

Dalam era digital ini, kefahaman dan kemahiran dalam teknologi adalah sangat penting. Pekerja perlu celik IT dan mampu menggunakan alat-alat teknologi yang relevan dalam pekerjaan harian.

 Perkembangan AI dan Kepentingannya dalam Pendidikan

 Kecerdasan buatan (AI) kini memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan. AI mempunyai potensi untuk mengubah cara kita belajar dan mengajar. Berikut adalah beberapa contoh bagaimana AI boleh dimanfaatkan:

 1.Pembelajaran Peribadi (Personalized Learning)

 Dengan AI, kita dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih disesuaikan dengan keperluan setiap pelajar. AI boleh menganalisis prestasi pelajar dan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman mereka.

 

2.Pembantu Pintar

AI boleh digunakan untuk mencipta pembantu pembelajaran pintar yang boleh membantu pelajar dalam menyelesaikan tugasan dan menjawab soalan mereka pada bila-bila masa.

 

3.Automasi Pentaksiran

AI boleh membantu dalam proses pentaksiran dan penilaian. Dengan automasi, penilaian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat, membolehkan guru menumpukan lebih banyak masa kepada pengajaran.

 

Kepentingan Teknologi dalam Pendidikan

 

Teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Antaranya adalah:

 

1.Akses kepada Maklumat

Teknologi membolehkan pelajar mengakses maklumat dari seluruh dunia dengan mudah. Ini memperluas cakrawala pengetahuan mereka dan menggalakkan pembelajaran berterusan.

 

 

2. Pembelajaran Interaktif

Dengan penggunaan teknologi, pembelajaran menjadi lebih interaktif dan menarik. Alat seperti papan putih interaktif, aplikasi pembelajaran, dan permainan pendidikan membantu pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan dan berkesan.

 

3.Pengurusan Pendidikan

Teknologi memudahkan pengurusan pendidikan, termasuk rekod akademik, komunikasi antara guru dan ibu bapa, serta pengurusan aktiviti sekolah.

 

Hadirin yang dihormati,

Akhir kata, saya berharap agar PIBG akan terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu pendidikan anak-anak kita. Kerjasama yang erat antara ibu bapa, guru, dan pihak sekolah adalah kunci kepada kejayaan ini. Dengan adanya sokongan semua pihak, saya yakin kita dapat menyediakan generasi masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ahad, Oktober 06, 2019

Karangan Ucapan Majlis Perpindahan Guru Kelas

Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas

Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.

                Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dikasihi guru-guru, yang diaikan Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-rakan sekelian.

                Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila mendengar berita perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekelian,
                Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu.  Selain itu, beliau juga mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.

                Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.

                Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini  disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,
                Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK Kerteh. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2018, kita telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.   

                Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

                Hari ini hari Ahad
                Lusa hari Selasa
                Terima kasih Cikgu Ahmad
                Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.com

Karangan Ucapan Perpisahan Guru.

Contoh karangan ucapan perpisahan guru.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,

            Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Romzi yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.

            Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Hadirin yang dikasihi,

            Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan kepada murid-muridnya.

            Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Romzi. Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.

            Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.

Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Pucuk pauh delima batu,
            Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
            Hilang di mata, di hati jangan.

Sekian, terima kasih.

Sumber :http://sharifahrafidah.blogspot.com

Rabu, Februari 06, 2019

Majlis Perpisahan Guru Kelas


Soalan
Karangan Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas

Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan tersebut dalam satu majlis perpisahan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dikasihi para guru, yang diraikan Cikgu Shasya, guru kelas serta rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid kelas 6 Usaha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Kami semua berasa amat sedih setelah mendengar berita Cikgu Shasya, guru kelas kami akan berpindah ke sekolah lain. Inilah saat yang amat kami takuti.Namun apakan daya. Perpisahan adalah lumrah dan tidak dapat dielakkan.

Hadirin sekalian,

 Cikgu Shasya sudah 10 tahun berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni di kelas kami. Beliau  seorang yang guru yang sangat baik hati, penyayang dan berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu.

 Sesungguhnya Cikgu Shasya telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita. Ramai murid Tahun Enam mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hadirin yang dihormati,

 Cikgu Shasya merupakan guru penasihat pasukan bola jaring SK Merbau Patah. Beliau komited melatih pemain bola jaring untuk meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2018, sekolah kita telah merangkul juara bagi pertandingan bola jaring bawah 12 tahun peringkat kebangsaan.   

 Akhir kata, kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

                      Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.
               
Sekian, terima kasih.


Jumaat, Januari 18, 2019

Ciri-ciri Karangan Ucapan

Ucapan berbeza daripada ceramah, syarahan dan perbahasan. Walau bagaimanapun penyampaiannya hampir sama antara satu sama lain.

Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis rasmi seperti :

1. Majlis perasmian
2.Majlis perpisahan
3.Majlis sambutan
4.Majlis keraian dan sebagainya

Isnin, Mei 16, 2011

Contoh Karangan Ucapan

Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,

     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
 Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. 

     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. 

Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . 

 Sekian , terima kasih.

Sila klik di sini untuk muat turun contoh karangan ucapan sempena Hari Guru