Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat,keluarga,ibu bapa, saudara-mara,keluarga dan sebagainya. Surat tidak rasmi bersifat peribadi. Tujuan menulis surat kiriman tidak rasmi biasanya:
1. Menanyakan khabar dan memberitahu khabar
2. Bertukar pendapat
3. Membalas surat rakan
4. Keluarga, rakan-rakan
5. Meluahkan perasaan
6. memohon maaf, ucapan tahniah, takziah dan sebagainya.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
1.Alamat pengirim di sebelah kanan
2.Pendahuluan (Menemui...)
3.Isi 3.1- memohon maaf - bertanya khabar
3.2- menceritakan tentang rumah baru
3.3- lokasi rumah - perasaan menduduki rumah baru
3.4- menjemput rakan datang ke rumah - majlis kesyukuran
4.Penutup (sekian sahaja untuk kali ini.
Contoh karangan :
Nur
Hidayah bt Mansor,
Lot 10, Kg Pulau Indah,
24800 Kuantan,
Pahang.
12 APRIL 2018 .
Menemui
sahabatku, Syakila yang kini berada di Selangor semoga berada dalam keadaan
afiat. Apa khabar saudari? Saya di sini dalam keadaan sihat
sejahtera. Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mengutus surat buat saudari.
Bagaimana dengan pelajaran saudari? Saya berharap saudari
sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tambahan pula pada
tahun ini kita akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Saudari
yang dikasihi,
Saya dan keluarga telah berpindah ke rumah baru.Bapa saya telah
bertugas di negeri kelahirannya. Oleh itu bapa mengambil keputusan menetap di
negeri Pahang dan membeli sebuah rumah banglo di kawasan perumahan Pulau Indah.
Saya sangat gembira di sini.
Kawasan perumahan di sini sangat selesa. Tidak seperti di tempat
lama saya. Di sini lebih tenang dan terhindar dari kesesakan jalan raya. Saya berasa
sangat seronok dan teruja. Cuacanya agak dingin pada waktu malam.
Saya juga mendapat jiran dan rakan yang baik hati. Pada
hari minggu pula, saya akan belajar bersama-sama rakan-rakan yang tinggal
berdekatan rumah saya. Kami akan belajar secara berkumpulan. Sekiranya kami tidak faham, kami akan bincangkan bersama-sama. Saya berharap
saudari juga melakukan perkara yang sama.
Sekiranya saudari ada kelapangan, saya ingin menjemput saudari
sekeluarga berkunjung ke rumah saya. Kami akan mengadakan majlis kesyukuran
sempenan menduduki rumah baru. Saya berharap saudari dapat datang bersama
keluarga bagi memeriahkan majlis.
Sekian dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar kita dapat bersua lagi
pada warkah yang akan datang. Saya menunggu kedatangan saudari.
Yang benar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan