Memaparkan catatan dengan label Karangan pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangan pendapat. Papar semua catatan

Khamis, Januari 24, 2019

Cara-cara membalas jasa ibu dan bapa


Ibu melahirkan kita. Bapa bertanggungjawab menyara keluarga kita. Mereka membesarkan kita dari kecil hingga besar. Sebagai anak kita perlu membalas jasa mereka dari sekarang hingga kita sudah dewasa kelak.

 Banyak cara boleh dilakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya kita menggembirakan hati mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila kita cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mereka akan berasa bangga dan gembira. itulah hadiah yang paling bermakna kita kepada mereka kerana memiliki anak yang bijak dalam pelajaran.

 Selain itu, ibu bapa sangat bahagia apabila kita memiliki akhlak dan sahsiah yang terpuji. Mereka akan rasa sangat bersyukur kerana mempunyai anak yang mendengar kata serta baik budi bahasanya. Anak yang sentiasa bercakap sopan di hadapan ibu bapanya akan membuatkan ibu bapa berasa sangat gembira.

 Ibu bapa akan lebih gembira sekiranya kita menjadi anak yang rajin atau ringan tulang. Kita patut membantu mereka di rumah. Kita membantu mereka menyiram pokok bunga, menjaga adik ketiak ibu sibuk di dapur, membersihkan rumah, mencuci kereta  dan sebagainya. Kita mesti membantu mereka dengan ikhlas. Itulah salah satu cara membalas jasa mereka.

 Ketika kita dewasa kelak, jangan lupa menjaga mereka sekiranya mereka sakit. Jangan sesekali menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Kita mesti menjaga  mereka dengan sebaik-baiknya. Jangan menjadi anak derhaka yang tidak mengenang budi ibu bapa yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.

 Oleh itu jadilah anak yang berjasa terhadap ibu dan bapa sama ada dari sekarang mahu pun ketika mereka telah tua.Ingatlah tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia. Sayangi ibu bapa kita.